expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

05 January, 2015

WANITA BOGEL TERSEKAT DALAM CEROBONG ASAP GARA-GARA CURI MASUK RUMAH BEKAS KEKASIH


Seorang wanita terpaksa diselamatkan selepas berbogel dan cuba masuk ke rumah bekas teman lelakinya melalui cerobong asap namun dia telah tersekat di dalam cerobong berkenaan.

Anggota bomba di California telah dipanggil ke sebuah rumah di Woodcrest apabila pemilik rumah berkenaan yang telah terjaga dari tidur akibat daripada tangisan bekas kekasihnya yang menangis meminta bantuan.

Ibu kepada 3 orang dengan anak lelaki berkenaan telah cuba untuk membuka pintu depan rumah tersebut sekitar jam 5 pagi namun tidak berjaya melakukannnya

Apabila wanita berusia 35 tahun itu gagal untuk masuk, dia telah naik ke bumbung, menanggalkan semua pakaiannya dan meluncur ke bawah cerobong rumah tersebut. Namun, tanpa diduganya, badannya telah tersekat di dalam lubang cerobong bersaiz 12x12 inci itu.

Ahli bomba yang tiba di tempat kejadian menghabiskan masa selama 2 jam untuk menyelamatkannya dan terpaksa memecah dinding unggun api di rumah berkenaan.

Wanita itu yang berjaya dibawa keluar kemudiannya dikejarkan ke hospital dengan kecederaan ringan dan kaki yang hitam legam dipenuhi arang.


BOMBA YANG BERUSAHA SELAMA 2 JAM BAGI MENGELUARKAN WANITA YANG TERSEKAT ITU




No comments:

Post a Comment