expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

06 January, 2015

KESEJUKAN MEMAKSANYA MEMASANG DAPUR DALAM KERETA


Manusia pastinya akan berusaha mendapatkan haba dan kehangatan terutamanya ketika berada dalam musim sejuk sekarang ini.

Apatah lagi bagi mereka yang tinggal di negara beriklim sejuk, pastinya mendapatkan haba telah menjadi satu kemestian.

Bagi seorang wanita China, dia telah melakukan cara yang sungguh inovatif untuk memastikan badannya dapat dipanaskan.

Kerana tidak mahu sejuk ketika memandu di jalanan, Li Xiufang telah memasang dapur dalam keretanya.

Li, yang memang menjual bahan antibeku menggunakan keretanya di tepi jalan, telah memilih peralatan memasak sebagai ganti kerusi penumpang supaya dia boleh menyediakan makanan dan pada masa yang sama mendapatkan haba di dalam keretanya.

Dapur itu dengan cerobong sementara yang dikeluarkan melalui sisi kereta, membolehkan Li mematikan enjin pada juga memandu pulang ke rumahnya di Jiangcheng, wilayah Guangdong, China, tanpa perlu bergelut dengan kesejukan melampau.

No comments:

Post a Comment