expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

07 July, 2014

NENEK YANG TELAH MENINGGAL HUBUNGI CUCU DENGAN MENGHANTAR SELFIE



Seorang wanita Romania mendakwa neneknya yang telah meninggal dunia telah menghubunginya dari dunia lain dengan menghantarkan selfie kepada beliau.

Gina Mihai, 34, berkata beliau telah menemui gambar neneknya yang telah meninggal di telefon bimbit milik beliau dan percaya bahawa semangat neneknya itu cuba mendekatinya untuk meminta bantuan selepas seorang penilik nasib memberitahu bahawa neneknya itu sedang dihukum di alam lain.

Gereja-gereja di Scurtesti di bahagian selatan-timur negara ini kini telah dipenuhi oleh penduduk tempatan yang datang berdoa bagi pihak Gina.

"Apabila saya menghidupkan telefon bimbit, saya amat terkejut melihat wajah nenek saya yang telah meninggal," ujar Gina.

"Terdapat imej yang kelihatan seperti ular yang melingkar di lehernya, dan seluruh imej kelihatan seolah-olah ia telah diambil melalui lubang dan ditangkap melalui rekahan fabrik yang memisahkan yang antara yang hidup dari yang mati," tambah Gina lagi.

Beliau juga memberitahu, "Saya membawanya kepada seorang penilik nasib yang memberitahu saya bahawa nenek saya telah menghantar mesej kepada saya dari alam lain dsn ular di lehernya itu merupakan simbol bahawa dia telah dihukum di sana kerana dosa tertentu yang pernah dilakukannya,"

Gina percaya bahawa dirinya juga harus dipersalahkan atas hukuman yang diterima neneknya kerana tidak membawa makanan ke kubur neneknya itu. Cara tersebut merupakan satu penghormatan tradisional semasa pemberian 'sedekah' mengikut kepercayaan masyarakat Romania .


Edited by;
Farahhasina

No comments:

Post a Comment