expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

07 July, 2014

REKOD DUNIA WANITA BERCAKAP PALING LAJU DENGAN 11 PERKATAAN SESAAT




Bercakap kepada orang ramai memang telah menjadi tugas wanita ini, namun mujurlah percakapannya tidak menjengkelkan.

Fran Capo adalah wanita yang disenaraikan dalam The Guinness Book of World Records sebagai wanita yang bercakap paling laju di dunia dengan kelajuan 603.32 perkataan dalam 54.2 saat, iaitu 11 perkataaan dalam sesaat.

"Saya adalah seorang pelawak , saya melakukan aktiviti bungee jumping, bermain skuba dan dalam masa yang sama seorang penceramah motivasi. Hingga kini, saya telah menulis 11 buku. Saya melakukan banyak perkara," kata Fran.

Dalam satu rakaman yang dibuat, wanita ini berjaya menghabiskan cerita kanak-kanak 'Three Little Pigs' dalam kira-kira 15 saat sahaja.

No comments:

Post a Comment