expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

15 April, 2014

DAKWAAN "PENYELEWENGAN" SEBAHAGIAN DARI RM1.152 BILLION GERAN



Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli akan mendedahkan dakwaan “penyelewengan” sebahagian dari RM1.152 bilion geran Kajian dan Penyelidikan (R&D) yang diperuntukkan kerajaan kepada kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti)

Menurut beliau, pengakuan menterinya Datuk Dr Ewon Ebin bahawa hanya 20 hasil kajian R&D itu dikomersialkan setiap tahun menunjukkan ia terlalu rendah berbanding perbelanjaan kerajaan.


"Ia menimbulkan persoalan. Ke manakah sebenarnya dana ini digunakan?

"Dalam dua minggu ini saya akan mendedahkan beberapa penyalahgunaan dana R&D Mosti yang menunjukkan bagaimana dana awam digunakan bagi tujuan selain R&D," kata beliau dalam sidang media hari ini.

Menurut Rafizi, laporan tahunan Mosti menunjukkan antara 2009-2013 sejumlah RM 1.152 bilion dibelanjakan sebagai geran R&D.

Ia melibatkan RM900 juta kepada tabung Science Fund, Technofund, Innofund (STI) dan Human Capital Development Fund RM 246 juta kepada Tabung pengkormersilan R&D (CRDF) dan RM 6 juta kepada Tabung Pengambilalihan Teknologi – semuanya bawah Mosti

No comments:

Post a Comment