expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

14 April, 2014

Himpunan 10,000 Peminjam PTPTN

Posted on Monday, April 14 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Info @ Maklumat 

Sebagai tanda protes ke atas 3 resolusi utama yang gagal dilaksanakan oleh Meja Bulat PTPTN anjuran Pemuda UMNO, satu himpunan untuk mengumpulkan semua peminjam PTPTN dari seluruh Malaysia akan diadakan.

Peminjam-peminjam PTPTN akan mengambil peluang yang sedia ada untuk turut serta sekali bersama Himpunan Hari Pekerja 2014 yang akan berlangsung pada 1 Mei nanti di KLCC pada jam 2 petang.

Dijangkakan sasaran 10,000 boleh dicapai memandangkan ramai peminjam yang tertipu dan merasakan resolusi yang dibuat hanya untuk meraih undi peminjam PTPTN untuk Pilihanraya Umum 13.

Tiga perkara penting resolusi yang masih gagal dilaksanakan sejak 10 April 2012 :

1. Meja Bulat mencadangkan bayaran perkhidmatan 1% yang dikenakan ke atas peminjam PTPTN dihapuskan.

2. Kaedah menyenarai hitam peminjam yang menyebabkan kebebasan peminjam seperti urusan keluar negara atau membuat lainilain pinjaman hendaklah dimansuhkan.

3. Bayaran pinjaman mula dibuat apabila peminjam telah berkhidmat melebihi 6 bulan atau telah mempunyai pendapatan RM3,000 ke atas yang mana terkemudian bagi menjamin tempoh kelegaan peminjam.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/ptptn-11-resolusi-rundingan-meja-bulat-anjuran-pemuda-umno-1.39271

Qadafi Muhamad Shuib
Admin Gabungan Peminjam PTPTN
https://www.facebook.com/gabunganpeminjamptptn"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
Syawal
Posted on Monday, April 14 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh
lararatu

No comments:

Post a Comment