
KUALA LUMPUR: Belumpun reda isu rampasan tudung tiruan Fareeda yang mendapat kecaman hebat di laman sosial, kini ia dihangatkan lagi dengan kenyataan pengarah urusannya yang dianggap angkuh dan menghina golongan berpendapatan rendah.
Pengguna laman sosial mempersoalkan harga tudung-tudung keluaran Fareeda yang dianggap mahal dan sukar untuk dibeli.
Seorang peminat tudung Fareeda, Nurkamisah Sharil memuat naik satu komen di Facebook yang mencadangkan agar pihak pengurusan jenama berkenaan menghasilkan tudung lebih murah.
Bagaimanapun cadangannya itu dibidas oleh Pengarah Urusan Fareeda Global Resources Sdn Bhd, Mawar Abdul Karim dengan berkata, ‘kalau mahu berfesyen, kena tengok pada kemampuan diri’.
Kenyataannya itu mendapat komen negatif daripada pengguna laman sosial yang menganggap Mawar tidak sensitif terhadap golongan berpendapatan rendah.
“Mawar ni memang angkuh. Cuba letak diri anda di tempat orang yang berpendapatan rendah, baru awak rasa. Dahla tudung singkat, mahal pula itu. Memang patut diciplak kerana yang tidak original lebih labuh dan selesa,” (sic) komen salah seorang pengguna Facebook, Aina Fatimah Zaharah yang turut berkongsi kenyataan Mawar di laman sosial.
Terdahulu, enam premis perniagaan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor diserbu bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan kerana menjual tudung tiruan menggunakan jenama Fareeda.
Dalam serbuah itu, sebanyak 1,225 helai tudung dengan anggaran nilai RM77,065, dirampas.
Namun, terdapat sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilaksanakan kerana berpendapat bahawa produk original keluaran syarikat tersebut agak mahal dan golongan berpendapatan rendah hanya mampu membeli produk tiruan.
Komen webmaster TKO:Saya rasa perangai Mawar (pengarah urusannya) tak sama dengan perangai bosnya sendiri Puan Faridah. Saya pernah berurusan dengan Puan Faridah melalui emel kerana beliau mahu beriklan dengan TKO untuk Pakej A di atas laman. Kami tawar harga RM400 sebulan, Puan Faridah merendah diri hanya minta untuk 15 hari dengan bayaran RM200 katanya dia masih dalam proses pembangunan perusahaan. Dua hari selepas itu beliau minta sambung iklan sebulan dan katanya sambutan agak baik.
TKO pula mengalami masalah kerana serangan daripada forumer di forum pasal gambar wanita bertudung dianggap seksi.
Puan Faridah sangat mudah berkira tak seperti orang bawahan yang tidak tahu asal usul bagaimana perik mahum untuk membangunkan syarikat yang cukup besar sekarang.


No comments:
Post a Comment