expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

MOTO


Translate

18 April, 2014

PEMANDU BAS MAUT, LIMA CEDERA



TAWAU: Seorang pemandu bas mini maut manakala lima yang lain cedera dalam kemalangan ngeri di Kilometer 52, Jalan Tawau-Semporna kira-kira jam 7 malam, Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata, mangsa, Abdul Rasid Jupuril, 62, dari Kg Sri Jaya Semporna meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Kemalangan ngeri ini melibatkan perlanggaran antara sebuah bas mini, sebuah kereta dan sebuah motosikal,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

Awang berkata, siasatan awal menunjukkan bas mini terbabit tidak sempat mengelak kereta yang datang dari arah bertentangan selepas memintas sebuah motosikal di kawasan selekoh.
Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan berlakunya perlanggaran sehingga mengakibatkan pemandu bas mini meninggal dunia dan tiga penumpangnya mengalami kecederaan.

“Manakala, pemandu kereta dan penunggang motosikal yang turut terbabit dalam kemalangan ini pula mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Katanya, siasatan kes kemalangan itu kini dijalankan mengikut Seksyen 4 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tawau Rudy Fredzex pula mendedahkan mangsa sudahpun meninggal dunia semasa anggota pasukannya tiba di lokasi kejadian.

Menurutnya, seramai lima anggota bomba dan penyelamat dikerahkan ke lokasi kejadian dengan diketuai oleh Ketua Operasi Zougarana Konin.

“Kita tiba di lokasi kejadian pada jam 8.14 malam,” katanya sambil mengesahkan bomba menerima panggilan pada jam 7.20 malam berhubung kejadian terbabit.

No comments:

Post a Comment