expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

13 April, 2014

Peraturan Baru ASNB / Tabung Haji Menyusahkan Pendeposit

Posted on Saturday, April 12 @ 20:40:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


Kenyataan Akhbar Pendeposit Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) tidak berpuas hati dengan peraturan baru dan cara-cara pengendalian oleh pihak pengurusan yang menyukarkan pihak ketiga untuk mewakili pelaburan tambahan mereka.

Kalau dulu mudah untuk menambahkan pelaburan atau simpanan tanpa perlu mengisi borang kebenaran wakil bagi pihak ketiga tetapi sekarang ianya semakin rumit dimana pihak ketiga terpaksa mengisi borang kebenaran atau pendeposit sendiri datang ke pejabat untuk menambah pelaburan.




Perkara ini sudah tentu menyulitkan pihak ketiga yang datang dari luar bandar dan juga dari kawasan pedalaman yang terpaksa berulang alik semata-mata untuk mendapatkan surat kuasa serta salinan Mykad pendeposit yang ingin menambahkan simpanan ASNB atau mengemaskini buku akuan pelaburan pihak pendeposit Kebanyakan mereka yang mewakilkan pihak ketiga terdiri dari golongan warga emas, mereka yang sakit dan sebagainya. Selalunya wakil mereka adalah keluarga mereka sendiri.

Mereka tidak membantah, sekiranya syarat yang ketat dikenakan untuk mengeluarkan wang bagi pihak ketiga yang perlukan surat kuasa serta salinan Mykad tetapi masalahnya kenapa mesti perlu surat kuasa untuk menambah pelaburan dan juga mengemaskinikan buku akaun pelaburan.
Begitu juga dengan Tabung Haji, para pendeposit sekarang sukar untuk mengemaskini buku akaun simpanan pihak ketiga. Mereka perlu datang sendiri ke pejabat Tabung Haji. Terdapat pendeposit mengadu bahawa dia mahu mengemaskini akaun simpanan isterinya juga tidak dibenarkan, sedangkan isterinya lumpuh dan sukar untuk beliau datang ke pejabat hanya semata-mata ingin mengemaskini buku simpanan
Mengapa tidak mengikut peraturan dan cara pengurusan pihak bank-bank dimana sesiapa saja boleh simpan wang bagi pihak ketiga tanpa perlu surat kebenaran. Sepatutnya pihak ASNB dan juga Tabung Haji tidak perlu surat kebenaran untuk pihak ketiga menyimpan wang kerana ianya hanya menyulit pihak pendeposit. Pihak pengurusan perlu menggunakan sistem dalam talian seperti bank-bank untuk memudahkan semua pihak melabur dan mengemaskinikan akaun simpanan mereka.

Kita harap pihak kerajaan dan pihak pengurusan ASNB dan Tabung Haji mengkaji semula peraturan tersebut kerana ianya lebih menyusahkan para wakil pendeposit yang ingin membantu golongan warga emas dan juga mereka yang sakit untuk datang ke pejabat Pos atau ke Tabung Haji semata-mata untuk melabur dan mengemaskinikan buku pelaburan/Akaun mereka.

Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk mengkaji semula peraturan dan memudahkan para pelabur/pendeposit amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri Sarawak

No comments:

Post a Comment