17 May, 2014
Wajah sebenar Dyana Sofya (kiri) dan gambar
Pauleen Luna (berbikini) yang diambil dari laman sosial, Facebook aktres
itu.
PETALING JAYA: Dyana Sofya Mohd Daud,
setiausaha politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan percubaan
untuk mencemarkan imejnya dengan penyebaran gambar palsu dia berbikini adalah
satu perbuatan politik yang garuk terutamanya ke atas seorang wanita
sepertinya.
Dyana yang disebut-sebut bakal diumumkan sebagai calon DAP pada Sabtu untuk pilihan raya kecil Teluk Intan berasa kesal bagaimana orang boleh merendahkan diri mereka sehingga sebegitu sekali dengan menyebarkan fitnah tanpa usul periksa.
Berkata demikian melalui satu kenyataan media pada Jumaat, Dyana, 27, menegaskan foto berbikini yang disebar itu adalah foto aktres Filipina, Pauleen Luna.
“Sementara saya berpendapat yang aktres berkenaan adalah seorang yang sangat menarik, tetapi menggunakannya untuk menyebarkan fitnah yang kononnya gambar itu adalah saya benar-benar memperlihat betapa garuknya politik sesetengah orang khususnya ke atas wanita,” ujar ahli politik lulusan undang-undang dari Universiti Teknologi Mara itu.
Kata Dyana, sejak berita palsu itu disebarkan
menerusi internet dia telah menerima beratus mesej yang mencaci dan menghinanya
selepas nombor telefonnya diketahui ramai.
Tetapi disebalik kempen yang disebarkan itu
dengan niat untuk memburuk-burukkannya, Dyana berkata yang dia berasa
bersemangat dengan sokongan yang diterima daripada mereka yang percaya kepada
perjuangannya.
“Di sebalik mereka yang menghina, ramai juga
yang menelefon dan memberi kata-kata semangat dan menyatakan kepercayaan kepada
saya. Hakikatnya orang seperti mereka lah yang membuatkan saya percaya dan yakin
dengan apa yang saya perjuangkan.
“Dan sebaliknya mereka yang menyerang saya juga
telah memberikan saya sebab yang kuat untuk meneruskan apa yang telah saya
lakukan ini,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment