expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

24 May, 2014

Lagu Popular Hangatkan Piala Dunia 2014



Hanya tinggal 20 hari sahaja lagi sebelum bermulanya kejohanan Piala Dunia 2014 yang bakal berlangsung di Brazil.

Piala Dunia 2014 Brazil akan bermula dari 12 Jun sehingga 13 Julai depan yang mana akan menghidangkan sebanyak 64 perlawanan daripada 32 negara yang terlibat.

Dalam membarakan kehangatan perlawanan yang ditunggu-tunggu ini, seperti biasa lagu tema Piala Dunia turut mendapat perhatian serta menjadi siulan peminat-peminat di seluruh dunia.

Antara penyanyi yang sinonim menyanyikan lagu rasmi Piala Dunia ialah Shakira dan Ricky Martin.

Dan terbaharu, Jennifer Lopez, Pitbull dan Claudia Leitte telah bekerjasama menyanyikan lagu Piala Dunia tahun ini yang berjudul We Are One (Ole Ola).

Tapi yang pasti lagu bola ‘evergreen’ yang sentiasa bermain-main di minda penulis adalah lagu Waka-Waka nyanyian Shakira dan The Cup of Life oleh Ricky Martin. Anda pula bagaimana?









No comments:

Post a Comment