Pengarah Projek, Kechara Soup Kitchen (KSK), Justin Cheah berkata, pihaknya menyediakan makanan dan bantuan kepada ibu berusia 32 tahun itu yang sering dilihat berlegar di sekitar ibu kota.
Beliau berkata, wanita berkenaan, Siti Salmy Suib juga pernah dilihat tinggal di bawah jambatan ditepi sungai berhampiran Bulatan Syed Putra, bersama antara 15 hingga 30 gelandangan lain.
“Dia ada masalah dengan keluarganya dan agak melawan. Kaunselor kami yang cuba menasihatkannya supaya pulang ke pangkuan keluarga tetapi dia enggan berbuat demikian,” katanya.
Cheah berkata, wanita yang sering bertukar kerja itu juga menerima bantunan daripada pertubuhan kebajikan lain.
Katanya, keseluruhannya terdapat 850 gelandangan di sekitar Kuala Lumpur dan kebanyakannya kerana masalah sosial termasuk pengangguran, masalah rumah tangga dan gejala dadah.
Anak Siti Salmy yang berusia 18 bulan, Siti Soffea Emelda Abdullah ditemui mati tanpa kepala dipercayai dikelar menggunakan serpihan jubin seramik di Sungai Klang.
No comments:
Post a Comment