Tahukah anda, dengan kaedah urutan yang betul,
yang hanya mengambil masa 20 ke 30 minit sehari, anda sebenarnya mampu memiliki
pertambahan saiz payudara sehingga 1 cup (saiz coli) dalam masa sebulan
sahaja?Dengan kaedah urutan yang betul pada payudara, ia mampu memberikan
stimulasi dan membaikpulih kelancaran aliran darah. Phytoestrogens (hormon
kewanitaan) akan bergerak melalui aliran darah, jadi bila adanya aliran darah
yang lebih banyak, lebih mudahlah urat penerima pada buah dada anda menyerap apa
yang mereka perlukan untuk membesar.
Urutan pada payudara secara konsisten juga akan
menghasilkan prolaktin yang lebih banyak. Prolaktin yang merupakan hormon yang
bertanggungjawab membesarkan saiz payudara akan terhasil dengan adanya urutan
berterusan pada buah dada dan juga puting.
Cara melakukan urutan pada buah dada ialah
.Gosok kedua tapak tangan anda dengan kuat sehingga anda dapat merasakan
kehadiran kehangatan haba padanya. Bila adanya kepanasan (suam-suam), letakkan
tangan anda pada buah dada anda. Gosok ke bahagian dalam dengan tangan anda,
sambung sehingga ke sekeliling buah dada anda. Tangan kanan anda akan berpusing
mengikut arah jam manakala tangan kiri pula kan berpusing mengikut arah lawan
jam seperti gambar di bawah.
Lakukan dalam lingkungan 100 – 300 pusingan
urutan pada waktu pagi dan sekali lagi dalam lingkungan 100- 300 pusingan urutan
sebelum anda tidur. Setiap satu pusingan urutan biasanya dalam lingkungan 2
saat. Berhenti seketika jika tangan anda sudah sejuk dan gosokkan semula tapak
tangan anda agar ia panas kembali. Urutan penuh 300 pusingan biasanya mengambil
masa dalam 10 ke 15 minit sahaja. Dengan melakukan kaedah urutan ini dua kali
sehari setiap hari, anda akan dapat melihat kesan yang menakjubkan dalam masa
sebulan.
Urutan juga boleh menggunakan minyak untuk
menambah rasa selesa. Jika anda mahu menggunakan minyak urutan, minyak yang
biasa di gunakan ialah minyak badam (almond). Campurkan 9 titik minyak geranium
dan 16 titik minyak Ylang Ylang ke dalam 50 ml minyak badam. Campuran minyak ini
boleh anda gunakan semasa urutan atau boleh juga di sapu begitu sahaja.
Satu lagi kaedah yang baik untuk membantu
membesar dan menegangkan payudara ialah dengan menggunakan krim payudara yang
ada pada zaman moden ini. Antara yang terbaik ialah krim FC atau Firming Cream
dari Bio Asli.
Kesan sampingan yang bagus jika anda konsisten
melakukan urutan pada buah dada anda ialah darah haid anda akan berkurangan. Ini
ialah kerana sejumlah darah yang biasanya keluar begitu sahaja semasa period
akan di gunakan untuk membesarkan saiz payudara anda. Satu lagi kesan ialah anda
akan kurang mengalami masalah senggugut kerana peningkatan jumlah hormon yang
bekerja. Puting payudara juga akan menjadi lebih sensitif, namun cuba elakkan
menyentuh puting semasa melakukan urutan.
Sebenarnya kaedah urutan ini ialah kaedah
tradisional lama yang telah di amalkan sejak dahulu lagi oleh pengamal Taoist
dan di panggil kaedah kijang betina. Ini bermakna kaedah ini telah lama di
amalkan dan terbukti sejak lebih beratus tahun dahulu lagi. Apa yang anda perlu
anda ada ialah meluangkan sedikit masa, dengan semangat atau keinginan kuat, dan
juga ilmu.
No comments:
Post a Comment