expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

25 May, 2014

VIDEO: Sedih.. Rakaman CCTV Penuntut M’sia Selepas Dirogol

Seperti pernah disiarkan Mynewshub, 17 Mei lalu merupakan tarikh yang menjadi detik ngeri buat seorang penuntut Malaysia di Indonesia apabila dirogol tiga lelaki tidak dikenali.

BACA: Mahasiswi Malaysia Dirogol Tiga Lelaki Di Bandung!

Mahasiswi kedoktoran dari Universiti Padjadjaran, Bandung itu diculik ketika mahu mengeluarkan wang di ATM berhampiran rumah sewanya.

Mangsa kemudiannya dirogol bergilir-gilir oleh tiga lelaki dalam kereta yang dipandu sebelum ditinggalkan 40 kilometer dari tempat dia diculik di tempat letak kereta RM Grafika, Tangkuban Perahu.

Kejadian ini rupa-rupanya sempat dirakam sebuah kamera CCTV yang terdapat pada salah satu restoran di situ.

Amat menyedihkan apabila dapat dilihat, mangsa berjalan terhuyung hayang selepas ditinggalkan sambil meminta pertolongan.

Dia kemudiannya diselamatkan pasangan suami isteri yang membawanya ke hospital.


No comments:

Post a Comment