Seorang lelaki di Texas mengambil masa 5 hari untuk menghabiskan minuman termahal dari Starbucks yang merupakan antara minuman termahal di dunia. Minuman itu mengandungi beberapa ribu kalori dengan 60 kali ganda tambahan espresso dan krim putar di atasnya. US Food and Drug Administration menganggarkan minuman itu mengandungi 4500 mg kafein iaitu 10 kali ganda lebih dari kandungan yang dibenarkan di dalam minuman harian.
Minuman yang berharga $54.75 (RM177.13) dipesan oleh Andrew Chifari, 27 namun beliau tidak membayar sesen pun selepas menggunakan mata yang terkumpul melalui keahlian Gold Member Starbucks.
Melalui mata terkumpul itu, Chifari dibenarkan membawa gelas miliknya sendiri. Chifari menggunakan peluang keahliannya itu dengan membawa gelas sebesar 3.6 kg dan memesan minuman frappuccino termahal dari Starbucks di Dallas.
Setelah berjaya menghabiskan minuman itu dalam jarak waktu beberapa hari, Chifari memberitahu bahawa dia telah tidur dengan tidak menentu diselangi mimpi-minpi yang pelbagai. Chifari dengan begitu bangga berkongsi cerita dan gambar gelas minuman yang berjaya dihabiskannya melalui akaun Twitter miliknya.
Edited by
Farahhasina
No comments:
Post a Comment