Gossip dan kontroversi sudah menjadi asam garam kehidupan bergelar artis. Tidak sah namanya artis kalau tidak dilanda pelbagai kontroversi. Begitulah yang sekali lagi menimpa Yuna penyanyi hebat yang kini bertaraf antarabangsa. Terkini, foto Yuna mengenakan busana menampakkan pusat telah menerima kecaman orang ramai yang menganggap wanita itu seakan-akan mempermainkan imej berhijab. Foto Yuna yang mengenakan baju hitam ketat paras pusat badan itu telah dimuatnaik di laman Facebook.
Foto itu menerima kritikan hebat daripada ramai peminatnya di laman sosial. Rata-rata peminat melahirkan perasaan kecewa dan terkilan. Ramai yang terkejut, ada juga yang tidak berpuas hati dengan cara Yuna berpakaian kerana baju yang dipakai Yuna terlalu ketat sehingga jelas menampakkan susuk tubuh dan lubang pusatnya. Antara luahan hati peminat terhadap Yuna ialah, mereka mahu bintang pujaan mereka itu kembali berpakaian sopan seperti di awal kemunculaannya.
Yuna menerusi temubual dengan pemberita mengakui bahawa dia sendiri yang telah memuatnaik foto tersebut dan dia telah pun menarik semula gambar itu demi meredakan segala kontroversi dan perbalahan peminat
No comments:
Post a Comment