expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

16 June, 2014

LELAKI GEMUK SELUDUP DADAH BAWAH LAPISAN LEMAK PERUT


Seorang lelaki gemuk Christopher Mitchell, 42, didapati cuba menyeludup kokain dengan menyorokkan bahan itu di bawah lapisan lemak di perutnya.

Mitchell, yang dilaporkan dikenali sebagai "Biggie" dan juga "Fatboy", merupakan penumpang dalam sebuah kereta dan kereta itu telah ditahan di Pejabat Volusia County Sheriff di Florida. Dia telah disoal oleh polis kerana perutnya yang terlalu besar untuk memakai tali pinggang keledar.

Pegawai polis mula mengesyaki sesuatu apabila Mitchell yang bersal dari Deltona, Florida kelihatan cemas ketika menjawab pertanyaan polis berkenaan kesalahan memandu yang kecil itu.

Anjing pengesan kemudiannya telah dibawa ke tempat kejadian dan mula menghidu sesuatu. Polis akhirnya menemui kokain dan 23 gram ganja yang disembunyikan di bawah lemak perut Mitchell.

Polis yang menggeledah kereta itu juga telah menjumpai sepucuk pistol separa automatik dan wang tunai lebih daripada $ 7,000 (RM 22, 574) yang disumbatkan ke dalam satu tiub.

Polis juga mendapati but dan juga bahagian dalaman kereta telah disemburi dengan bahan semburan penyegar dan bahan pewangi kering yang telah menjadi taktik yang biasa digunakan untuk menyembunyikan bau dadah. Pemandu kereta berkenaan Keithian Roberts, 38, daripada Sanford juga ditangkap.

Menurut laporan, Roberts didakwa dengan memiliki kokain manakala Mitchell didakwa atas tuduhan memiliki ganja dan juga kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar.

Pada tahun 2002 Mitchell pernah disabitkan dengan konspirasi pengedaran kokain dan berat badannya dilaporkan telah naik sebanyak 90 kg sejak itu.


Edited by;
Farahhasina

No comments:

Post a Comment