expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

25 July, 2014

SEEKOR ANTELOP GAGAL DITELAN ULAR SAWA



Seekor ular sawa besar dirakam cuba menelan mangsanya iaitu seekor anak antelop dengan sekali telan sahaja namun cubaannya itu nyata gagal.

Kejadian itu berjaya dirakam itu telah ditangkap oleh jurugambar Nitish Bambhaniya, di sebuah kampung di  India. Selepas mendapat maklumat, jurugambar berkenaan bergegas ke tempat kejadian sejauh 40km dengan motosikal hanya untuk merakam gambar ini.

Sebaik sahaja orang ramai berkumpul mengelilingi ular sawa berkenaan untuk menyaksikan kejadian itu, ia terus sahaja meluahkan antelop berkenaan dan melepaskan mangsa yang sudah tidak bernyawa itu.

Nitish Bambhaniya menjelaskan makanan tersebut bukanlah terlalu besar untuk ular sawa itu namun ular berkenaan hanya tidak suka ditonton ketika ia sedang makan.

Apabila berasa terancam, ular sawa akan melakukan perbuatan itu supaya ia dapat mengurangkan berat badan lebih cepat dan melarikan diri dari situ.

Penduduk kampung di Billa, Gujarat, mahu membunuhnya kerana bimbang ia akan mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak di kawasan berkenaan. Namun mereka berjaya dipujuk agar melepaskannya ke dalam hutan.

No comments:

Post a Comment