expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

28 July, 2014

MH17: RUSSIA DIUSULKAN DICABUT HAK SEBAGAI TUAN RUMAH PIALA DUNIA 2018


Wakil Perdana Menteri England, Nick Clegg, menyerukan agar Rusia dicabut haknya sebagai tuan rumah Piala Dunia 2018, kerana sokongan negara itu terhadap kumpulan pemberontak di Ukraine yang dipercayai menembak jatuh pesawat Malaysia MH17.

Dia mengatakan kepada surat khabar Sunday Times bahawa "tidak terfikirkan" Rusia akan menjadi tuan rumah kejuaraan bergengsi sepak bola tersebut.

Nick Clegg kemudian mengatakan, seluruh dunia akan terlihat lemah jika membiarkan Rusia tetap menjadi tuan rumah piala dunia yang diadakan tiap empat tahun sekali itu.

Kumpulan pemberontak pro-Rusia telah dituduh menembak jatuh Malaysia Airlines MH17. Namun demikian, Rusia balik menuduh pesawat nahas itu jatuh kerana ulah tentera Ukraine.

Sebelumnya, kalangan bolasepak dunia mendukung langkah FIFA agar menolak seruan agar Rusia dicabut haknya sebagai tuan rumah Piala Dunia 2018.

FIFA menolak
Hal ini ditegaskan menanggapi tuntutan para ahli politik Jerman yang menyerukan supaya dunia memboikot Rusia sebagai tuan rumah Piala Dunia 2018.

Tetapi pimpinan FIFA mengatakan Piala Dunia 2018 dapat menjadi "kekuatan untuk kebaikan".

Pesawat Malaysia Airlines dengan nombor penerbangan MH17 jatuh pada tanggal 17 Julai 2014 di wilayah Ukraine timur yang dikuasai kumpulan pemisah pro-Rusia.

Pesawat ini dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Kecelakaan ini telah meyebabkan kematian 298 orang penumpang dan awak pesawat di dalamnya.

Negara-negara Barat menuduh Rusia mempersenjatai kumpulan pemberontak yang dipercayai menembak jatuh pesawat nahas itu. Moscow menyangkal tuduhan ini.-(bbc/try)

No comments:

Post a Comment