expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

26 July, 2014

OMBAK SEHINGGA 3.5 METER DI EMPAT KAWASAN



KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) hari ini mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama bagi empat kawasan perairan iaitu perairan Phuket, Reef North, Layang-Layang dan Palawan.
JMM dalam kenyataan berkata angin kencang barat daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter di keempat-empat kawasan perairan itu dijangka berterusan sehingga Khamis depan.
Keadaan laut itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
Sementara itu, ketampakan rendah kurang dari lima kilometer di sekitar perairan Selat Melaka utara dan Sarawak (Kuching, Rejang dan Mukah) akibat jerebu dijangka berterusan sehingga Ahad ini (27 Julai) dan ia berbahaya bagi kapal-kapal yang tidak mempunyai navigasi pelayaran.
Ribut petir yang berlaku di perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu pula dijangka berterusan sehingga awal pagi ini.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter yang berbahaya kepada bot-bot kecil. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment