Menurut Wan Azizah, ADUN PAS tersebut iaitu Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) menyatakan sokongan mereka kepadanya bersama-sama 15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKR.
Situasi ini menjadikan Wan Azizah kini disokong oleh 30 orang ADUN berbanding Khalid Ibrahim yang disokong oleh 26 orang ADUN.
"Dengan ini saya mengumumkan 30 orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk saya menyatakan rasa hilang percaya kami kepada YB Datuk Tan Sri khalid Ibrahim sebagai menteri besar.
"Mereka juga menyatakan sokongan kepada saya untuk mengambil alih sebagai menteri besar baru," katanya. Malaysiakini
No comments:
Post a Comment