expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

20 August, 2014

TEMUI KEMBALI 2 ANAK YANG HILANG DALAM TSUNAMI SELEPAS 10 TAHUN



Mungkin ini adalah satu keajaiban yang sukar dipercayai. Namun, dengan kuasa tuhan segalanya mungkin terjadi walau di ambang maut sekalipun. Inilah yang telah ditakdirkan buat satu pasangan Indonesia.

Keajaiban pertama berlaku apabila pasangan ini telah bertemu semula dengan anak perempuan mereka selepas 10 tahun tsunami merampas dan memisahkan mereka dan Selasa lalu satu lagi keajaiban terjadi apabila mereka menemui pula anak lelaki mereka yang juga hanyut dalam bencana itu.

Jamaliah dan suaminya Septi Rangkuti begitu sebak dan hiba dalam pertemuan penuh emosi dengan remaja yang mereka percaya adalah anak mereka yang telah lama hilang. 

Pasangan ini membawa seluruh ahli keluarga mereka bersama-sama bagi pertemuan pertama itu selepas 10 tahun terpisah.

Arif Pratama Rangkuti,17, telah dihanyutkan bersama dengan adik perempuannya dalam tragedi tsunami di wilayah Aceh barat Indonesia pada tahun 2004 yang mengorbankan lebih 170,000 penduduk tempatan dan puluhan ribu lagi di negara-negara lain.

Adik Arif, Raudhatul Jannah telah bertemu semula dengan ibu bapanya pada bulan Jun selepas seorang saudara mereka ternampak seorang gadis di sebuah kampung di Aceh yang menyerupainya.

Pada hari Selasa, pasangan itu berkata anak lelaki mereka juga berjaya ditemui kembali, dan kisah penuh keajaiban ini mendapat liputan media terhebat bulan ini.

"Memang benar dia anak kami. Kami sedang bersedia untuk membawanya ke rumah," kata Septi Rangkuti yang memberitahu bahawa anak lelakinya itu telah hidup selama bertahun-tahun sebagai kanak-kanak jalanan di Pulau Sumatera.
DETIK-DETIK PERTEMUAN SEMULA JAMALIAH DAN ANAK PEREMPUANNYA JUN LALU
JAMALIAH MENUNJUKKAN GAMBAR ANAK-ANAKNYA SEBELUM HILANG DALAM TSUNAMI 2004
SELURUH KELUARGA HADIR BAGI MENYAKSIKAN PERTEMUAN MENYAYAT HATI ITU

 

No comments:

Post a Comment