expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

24 December, 2014

PENCURI OBSES PAKAIAN DALAM WANITA


Mungkin ada benarnya terdapat pelbagai jenis gila dalam dunia ni. Kalau biasanya manusia mencuri barangan berharga seperti barang kemas dan wang tunai, berbeza pula halnya dengan seorang lelaki dari Yulin, Wilayah Zhuang Guangxi di tenggara China.

Lelaki ini telah ditahan kerana menjadi pencuri pakaian dalam wanita di sekitar kediamannya dan dia dikatakan telah melakukan tabiat pelik itu sepanjang setahun.

Bukan itu sahaja, dia turut dilaporkan menyembunyikan semua pakaian tersebut di atas siling sebuah bangunan hinggalah ianya runtuh kerana telah menjadi terlalu berat. Pihak berkuasa berjaya memberkas lelaki tersebut kerana tembelangnya itu pecah apabila siling tersebut mula runtuh.

Lelaki itu dikatakan membuat koleksi pakaian dalam wanita dengan mencuri pakaian-pakaian dalam tersebut dari kawasan tempat tinggalnya.

Semasa jiran-jirannya tiada di rumah atau keluar bekerja, dia akan menyelinap ke rumah jiran-jiran tersebut dengan menggunakan 'master key'

Tiada pula kepastian bagaimana lelaki tersebut mempunyai 'master key' untuk memasuki rumah-rumah jirannya itu dan tujuan sebenar dia mencuri dan mengumpul begitu banyak pakaian dalam wanita.

Setelah dirampas, pihak polis menyusun kesemua pakaian tersebut di kaki lima untuk mengira jumlahnya yang dianggarkan melebihi 2,000 pasang.

SILING RUNTUH; DI SINILAH PAKAIAN-PAKAIAN DALAM TERSEBUT DISEMBUNYIKAN 
LAMBAKAN PAKAIAN DALAM CURI DENGAN ANGGARAN LEBIH 2,000 PASANG

No comments:

Post a Comment