expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

14 January, 2015

2 KALI POTONG KEMALUAN SUAMI GARA-GARA HUBUNGAN SULIT


Apakah kemuncak terhadap kemarahan seseorang wanita terhadap suaminya? Mungkin berbeza bagi setiap orang, namun bagi seorang wanita dari China kemarahannya yang meluap-luap diakhiri dengan tidakan memotong kemaluan suaminya itu.

Semuanya berlaku gara-gara curang dan sikap suaminya yang bermain kayu tiga. Dalam kejadian itu, wanita tersebut telah ditangkap berikutan laporan yang dia telah memotong zakar suaminya sebanyak 2 kali kerana suaminya itu dikatakan telah menipunya.

Menurut laporan di China, Fan Lung, 32, telah menggunakan telefon isterinya untuk menghantar e-mel yang agak panas kepada kekasih gelapnya,  Zhang Hung, 21, di rumah kediamannya di Shangqiu.

Nasibnya agak malang apabila dia terlupa untuk log keluar dari akaunnya dan isterinya Feng yang berusia 30 tahun telah ternampak mesej tersebut bersama beberapa mesej lain yang terus membangkitkan kemarahan isterinya itu.

Kerana meradang dengan semua mesej yang dilihatnya, dia dikatakan telah menyambar sepasang gunting dan meluru ke arah suaminya yang sedang tidur di dalam bilik mereka lalu terus sahaja memotong zakar suaminya itu.

Fan yang kesakitan terus dikejarkan ke hospital, di mana alat sulitnya telah dijahit semula. Rupanya, si isteri masih tidak berpuas hati dengan apa yang telah dilakukannya.

Feng kemudiannya dilaporkan telah menyelinap masuk ke dalam bilik hospital suaminya dan memotong zakar suaminya itu untuk kali kedua, namun kali ini dia telah membuang bahagian yang dipotongnya keluar dari tingkap.

"Kami mula menyedari apa yang berlaku apabila seseorang datang ke kaunter pertanyaan dan memberitahu bahawa seorang lelaki yang berbogel sedang memukul seorang wanita di luar hospital," kata jurucakap hospital

Kakitangan hospital kemudiannya bergegas keluar untuk melihat apa yang berlaku dan mendapati pesakit yang sedang berdarah hingga mengalir di kakinya sedang memukul wanita itu.

"Lelaki itu telah dihentikan dari terus memukul isterinya dan wanita itu telah dibawa untuk diberi rawatan. Kami kemudiannya mendapati dia telah sekali lagi memotong zakar suaminya,"

Doktor dan pegawai polis telah cuba untuk mencari alat sulit lelaki itu luar gagal menemuinya. Mereka percaya ia mungkin telah dilarikan oleh anjing liar atau kucing.

"Lelaki itu telah kehilangan banyak darah dan telah dibawa masuk untuk pembedahan kecemasan. Dia kini berada dalam keadaan yang stabil tetapi emosinya amat terganggu," kata jurucakap hospital itu lagi

Kekasih Fan yang tiba di hospital itu berkata dia merancang untuk berkahwin dengan lelaki itu secepat mungkin.

"Tak mengapalah jika dia telah hilang organ kesuburannya, lagipun dia sudah mempunyai 5 orang anak," kata wanita itu.

Isteri Fan telah keluar dari wad namun kini dia ditahan atas dakwaan menyebabkan kecederaan serious pada tubuh badan.

FAN BERGADUH DI LUAR HOSPITAL SELEPAS KEMALUANNYA DIPOTONG UNTUK KALI KEDUA
SETIA, KEKASIH FAN TETAP MAHU MENGAHWININYA WALAUPUN DIA TELAH HILANG KELELAKIAN

No comments:

Post a Comment