expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

09 May, 2015

SANGGUP PAKAI KORSET 23 JAM SEHARI UNTUK DAPAT PINGGANG KERENGGA



Dalam usaha untuk mendapatkan pinggang ramping seperti kerengga, seorang wanita Venezuela sanggup menahan seksa memakai korset ketat selama 23 jam sehari, sejak enam tahun yang lalu.

Hasilnya? Dia benar-benar kelihatan seperti kerengga dengan dada bidang, punggung besar, dan pinggang ramping yang ekstrem bersaiz 20-inci.

Aleira Avendano, 25, berkata bahawa dia mula 'membentuk' pinggangnya sejak usia remaja lagi. Pinggang ramping melampaunya itu kini menarik perhatian ramai ke mana sahaja dia pergi. 

"Orang ramai akan berhenti melakukan apa saja dan mula memandang saya. Ke mana sahaja saya pergi, saya mendapat perhatian," katanya. "Orang ramai menjerit pada saya di jalan, mereka seolah tidak percaya bentuk badan ini adalah benar," tambahnya lagi.

Dia mengakui bahawa memakai korset memang tidak selesa pada mulanya dan dia mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengannya. Namun, lama-kelamaan dia telah biasa dengannya sehinggakan kulitnya akan mula gatal apabila dia menanggalkan korset. 

Dia mengatakan bahawa dia kini sebenarnya lebih selesa memakai korset. "Saya benar-benar obses dengan tali pinggang dan korset hingga saya boleh tidur dengannya," kata model Venezuela ni.

"Ia tidak sakit malah lebih menyeronokkan. Saya menyukainya dan hanya mengambil masa kira-kira satu jam sehari untuk berehat dan membersihkan diri saya. Saya tidak merasa apa-apa, ia tidak mengganggu saya sama sekali," tambahnya. 

Sudah tentu, doktor Aleira tidak bersetuju dengan tindakannya itu dan dia memberi amaran kepadanya bahawa korset itu boleh menyebabkan risiko kesihatan yang serius.

"Dari sudut perubatan, dia harus menghentikan perbuatan ini dengan segera," kata Dr AndrĂ©s Ruiz. "Syukurlah dia tidak mengalami apa-kesan kesan kesihatan setakat ini tetapi dia perlu menghentikan perbuatan ini sebelum terlambat." 

Tetapi dia tidak mengendahkan nasihat itu, malah keluarganya juga menyokong kecuali ayahnya yang tidak selesa dengan semua perhatian yang diterimanya.

Selain memakai korset, Aleira juga sangat menjaga pemakanannya untuk mengekalkan bentuk badan kerengga yang dimilikinya itu. 

Dia makan dalam kuantiti yang amat sedikit dan mengambil makanan seperti putih telur, nanas, buah-buahan dan sedikit daging demi memastikan diet yang sangat seimbang. 

Selain itu, untuk memadankan dengan pinggang kerengga yang dimilikinya, dia turut melakukan beberapa pembedahan untuk kelihatan lebih cantik seperti pembedahan hidung, buah dada, implan punggung dan beberapa liposuction.

Bentuk tubuh pelik Aleira kini menyebabkan dirinya mendapat banyak perhatian sama ada yang positif mahupun yang negatif. Sesetengah orang menyukainya, sementara ada sesetengah yang lain pula menggelarnya 'makhluk asing'

MODEL KELAHIRAN VENEZUELA YANG BEGITU OBSES MEMILIKI PINGGANG KERENGGA 
ALEIRA YANG SEOLAH SUDAH KETAGIH MEMAKAI KORSET DAN BENGKUNG
ALEIRA MERASAKAN DIRINYA BEGITU SEKSI DENGAN PINGGANG BERSAIZ 20 INCI
DOKTOR TELAH MENGINGATKAN ALEIRA BAHAWA TINDAKANNYA INI BOLEH MENYEBABKAB PELBAGAI KOMPLIKASI DALAM JANGKA PANJANG.

No comments:

Post a Comment