Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
“Mana-mana
tempat yang majoriti pengundinya Melayu, Umno jangan faraidkan kepada rakan BN,”
ujar blog Tenggara
is Southeast.Blog Johor tersebut menyampaikan nasihat berikut: “Kalau tak diambil berat akan hal ini, tak mustahil pada PRU 14 nanti, banyak kawasan majoriti Melayu yang Umno faraidkan kepada MCA atau MIC akan jatuh ke tangan parti lawan”.
Parti Melayu tunjang BN perlu bertegas kerana “sudah sampai masanya rakan Umno dalam BN berusaha untuk mendapat kerusi samada DUN ataupun Parlimen atas sokongan majoriti kaum mereka sendiri,” sambung blogger Tenggara is Southeast itu yang mencerminkan cetusan hati ahli-ahli Umno akar-umbi.
=
CORONG SUARA DAP
.
Blogger otai GAP (Gerakan Anti PKR) menyokong seratus-peratus cadangan blogger Tenggara is Southeast.
Ramai yang kini mula memberontak kerana tidak tahan sikap berpeluk tubuh pucuk pimpinan Umno tatkala ditipu hidup-hidup oleh musang berbulu ayam.
Baca, ‘Laman rasmi MCA penuh dengan tweet-tweet para pemimpin DAP‘ (screenshot bawah)

Prestasi pencapaian MCA nyata tahap ‘Gagal’
Orang Cina suka menguar-uarkan “meritokrasi” sebagai kayu ukur. Ia yang membawa kesan tiada ruang akan diberi kepada barang sesiapa yang tidak memiliki ‘merit’ (cakap biasa: bagi orang yang tak buat kerja).
Yet MCA itself signally fails to perform (with the exception of Chua Soi Lek) and delivers nothing to the BN.
Hakikat MCA “tak guna” ini terserlah melalui krisis MH370 di mana serangan bertubi-tubi terhadap kerajaan telah dilancarkan di media sosial Cina tanpa MCA tampil untuk mempertahankan BN, khususnya Umno yang tidak reti bahasa Cina.
Sebaliknya, warganegara Malaysia yang keturunan Cina mengambil kesempatan untuk memburuk-burukkan nama ibu pertiwi di kacamata dunia tanpa apa-apa usaha menangkis keluar daripada MCA.

MCA duduk BN tiada merit tetapi hanya berasaskan kuota
Sistem kuota DEB diungkit and dicemuh sehabis-habisnya oleh orang Cina yang membayangkan orang Melayu tidak layak dilantik sebagai ketua atau pengarah, misalnya dalam DCA (Jabatan Penerbangan Awam) atau TUDM and TLDM yang masih belum lagi menjumpai pesawat MAS yang hilang itu selepas sebulan mencari.
Kata orang Cina juga, kuota rizab tempat kosong untuk diisi kaum bumiputera adalah satu bentuk “rentier economy”. Dalam kata mudah, maksud mereka ialah orang Melayu sememangnya tidak mempunyai kemahiran tetapi masih mahu memegang jawatan tinggi semata-mata atas dasar kelebihan warna kulit (“kulitfication”).
Namun bukankah MCA bertenggek di BN berlandaskan pendekatan yang sama? Kononnya MCA mewakili masyarakat Cina meskipun parti itu telah ditolak dengan secara menyeluruh oleh para pemilih Cina. Kalau tiada alasan perkauman ini – yakni rumusan yang diwarisi daripada Perikatan – maka tiada lagi alasan untuk MCA dikekalkan dalam kabinet.
Keadaan yang dirungkai di atas sebenarnya memperlihatkan amalan dwi-standard orang Tionghua. Mereka mahu mengenakan “meritokrasi” ke atas golongan pribumi tetapi enggan memakainya ke atas diri sendiri. Mereka menghina kewujudan kuota sebagai tongkat bagi orang Melayu tetapi mahu juga menuntut kuota MCA dalam jemaah menteri.
Dr Mahathir: “There was a time when Christians
believed in the Inquisition, in killing Christian non-conformists, Muslims and
Jews” (‘Call me a Heretic’ in TIME)
Dr Mahathir Mohamad telah melucutkan Anwar Ibrahim daripada jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada 2 Sept 1998.
Pada 14 Sept 1998, Dr M menulis di TIME magazine sebuah rencana bertajuk ‘Call Me a Heretic‘ untuk memperjelaskan keputusan mendadak yang diambilnya itu.
Kata beliau:
“How do you tell a man being devoured by a tiger
that he is really helping to preserve a treasured species?
“The fact is that the economic disaster would not
have happened if the speculators had not attacked the currencies and the share
markets. If it could happen without their attacks, it would have happened long
ago. The same systems and practically the same governments had ruled these
countries for 40 long years.”
Cuba bandingkan dengan situasi semasa.
Parti pemerintah yang sama, dengan menggunapakai sistem pemerintahan yang sama, telah mentadbir negara kita selama 40 tahun (BN ditubuhkan pada 1974). Sepanjang tempoh ini, keselamatan dan kestabilan negara tidak pernah dan tidak tergugat kecuali kalau ada berlakunya serangan hendap oleh musuh dalam selimut … atau ‘bencana alam’ seperti tsunami.
BN umpama mangsa yang sedang dibaham harimau.
Adakah ia munasabah BN dituntut agar tidak mengenakan apa-apa tindakan ke atas “sang harimau yang membaham” kerana binatang itu adalah spesi lindung?
Membela MCA pun sama bahayanya ibarat memikul biawak hidup.
Jangan bagi MCA masuk kabinet
Berkongsi buah pendapatnya pada tahun 1998, Dr Mahathir seterusnya berkata:
“Hoping for market forces to create a stable
currency exchange, a stable economy and stable politics is the same as doing
nothing and leaving everything to fate” (sumber: ‘Politics
and Markets in the Wake of the Asian Crisis‘, Google Books)
Yang releven kepada kita ialah kerat pesanan yang berbunyi, “Hoping for market forces to create … stable politics is the same as doing nothing and leaving everything to fate”.
“Kuasa pasaran”, iaitu desakan dan tuntutan oleh pembangkang Cina dan penganut Kristian, tidak mungkin akan membolehkan kestabilan politik terus wujud di negara.
MCA yang bersekongkol dengan DAP saban hari meningkatkan ketidakstabilan.
Kita perlu ingat bahawa jentera propaganda MCA The J-Star pernah diharamkan pada Oktober 1987 di bawah ISA kerana ancamannya terhadap keamanan dan ketenteraman awam.
Kalau sampai Anwar Ibrahim selaku TPM dan Menteri Kewangan pun boleh disingkir, tidak ada sebab mengapa Presiden MCA dan timbalannya – yang tidak menerima apa-apa sokongan daripada masyarakt Cina – tidak boleh disisih daripada kabinet juga.
HELEN ANG



No comments:
Post a Comment