Negara kita sesungguhnya sedang berada dalam krisis yang amat genting
sekali. Dalam semua bidang kita dalam krisis. Dalam bidang pentadbiran negara
kita masih terbelenggu dengan isu rasuah yang semakin menjadi-jadi dan tidak
nampak tanda-tanda ia akan terlerai. Laporan Ketua Audit Negara bagi 2013 masih
menunjukkan betapa lemahnya kerajaan kita ditadbir oleh pemimpin-pemimpin lemah
yang ada pada hari ini.
Kita masih di dalam sebuah
kerajaan yang rasuah dan salah tadbir yang amat serius. Inventory barangan dan
kelengkapan yang tidak diselaras dengan betul kerana terlalu banyak barangan
yang telah dibelanjakan masih berada dalam setor kerajaan sejak bertahun yang
lalu yang sudah lusuh tidak digunakan dan ini semuanya pembaziran yang sangat
mahal harganya.
Masih banyak projek kerajaan
yang terlalu tinggi harganya dari yang sepatutnya dan ini adalah bayangan yang
rasuah masih terlalu besar dan tiada penyelesaiannya. Ini sahaja sudah
menunjukkan yang pegawai kerjaan masih tidak serius dalam usaha berjimat cermat
sedangkan negara sedang menghadapi krisis kewangan yang begitu mendesak dan
sangat perlu penyelesaiannya dengan deras dan cepat.
Keselamatan negara juga dalam
krisis. Pencolekan terhadap pelancong dari Cina baru-baru ini merupakan
manifestasi jelas yang keselamatan negara kita begitu ‘porous’ dan ia amat
membimbangkan. Sesiapa sahaja boleh mencolek sesiapa dalam negara kita ini dan
ia memakan masa dan tenaga yang begitu besar untuk penyelesaiannya. Kerajaan
telah berbelanja tidak kurang dari RM300 juta dengan penubuhan Esscom yang
sepatutnya memelihara keselamatan negara di Timor Sabah dan ini bukannya kali
pertama kejadian ini berlaku.
Kemasukan pendatang asing dalam
jumlah jutaan orang masih menjadi masalah besar dan kehadiran pendatang asing
ini telah menjadi masalah kepada keselamatan rakyat ramai di setiap pelosok
tanah air. Rompakan dan pecah rumah berlaku hampir setiap hari dan bukan sedikit
jumlah jiwa yang terkorban dengan kehadiran mereka dari negara asing tanpa
kebenaran ini. Kita masih tidak sedar yang sebagai sebuah negara maritime
seperti negara kita ini pengawalan sempadan di laut itu amatlah diperlukan
berada diperingkat dan tahap yang tinggi dan semua masalah seperti ini tidak
berlaku suatu ketika dahulu.
Jika kita mahu melihat dan
mengetahui bagaimana seriusnya penaklukan pemimpin-pemimpin UMNO terhadap negara
kita, boleh kita baca dengan teliti ucapan Tengku Razaleigh Hamzah dalam
pelancaran buku ‘Rich Malaysia and poor Malaysians’ yang ditulis oleh Anas Alam
Faizli baru-baru ini. Apa yang disebutkan oleh Tengku Razaleigh dalam ucapan
beliau itu hanya secebis dari perlakuan salah guna kuasa dan rasuah yang
melibatkan pimpinan UMNO sekarang ini.
Tengku Razaleigh merupakan
pemimpin UMNO yang telah diketepikan secara sistematik oleh pimpinan rakus UMNO
yang takut dengan pengaruh dan kemampuan UMNO memimpin negara jika beliau
menjadi Perdana Menteri. Ada pemimpin yang tidak mahu TR menjadi pemimpin negara
kerana TR bukanlah orang yang mudah untuk menghalalkan segala perbuatan yang
tidak direlakan rakyat. Maka beliau tidak henti-henti di permainkan oleh
pemimpin rakus negara.
Sikapnya yang gentleman
menjadikan beliau tidak sesuai dengan kehendak dan budaya politik pimpinan rakus
negara semasa itu. Maka itulah sebabnya beliau tidak terlibat dengan segala
perbuatan keji yang dilakukan oleh pimpinan negara kerana beliau sudah tiada
dalam kabinet sejurus selepas beliau tewas dalam usaha beliau untuk menyekat apa
yang berlaku hari ini dari berlaku.
Sekarang Tengku Razaleigh boleh
bercakap tanpa halangan dan telah memberikan pandangan yang akhirnya bermaksud
UMNO merupakan parti yang bermusuh dengan orang Melayu sendiri dalam ucapan
pelancaran buku tulisan Anas Alam Faizli itu. Pandangan Tengku Razaleigh itu
amat pedih di dengar tetapi itu adalah kenyataan. ‘The truth is always painful
to hear’ dan jika kita mahu melihat perubahan apa yang di sebut oleh Tengku
Razaleigh dalam ucapan beliau itu perlu diambil perhatian.
Dalam catatan sejarah, Tengku
Razaleigh merupakan satu-satunya pemimpin dari luar Amerika Syarikat yang telah
dipilih untuk mempengerusikan Lembaga Pengarah Bank Dunia dari 1977 hingga ke
1981. Dalam masa yang sama beliau mempengerusikan IMF serta dua lagi institusi
kewangan yang berlainan fungsinya iaitu Bank Pembangunan Islam yang berpusat di
Jeddah dan Bank Pembangunan Asia yang berpusat di Manila dan ini merupakan rekod
cemerlang yang belum di alami oleh mana-mana pemimpin bukan sahaja di negara
kita malahan di dunia ini.
Beliau merupakan ‘authority’
yang paling kuat untuk memberikan komen tentang apa yang berlaku di negara ini.
Beliau merupakan bekas Menteri Kewangan Negara kita dan merupakan batang tubuh
yang telah menubuhkan Petronas yang menjadi isi ucapan beliau dalam pelancaran
buku yang di sebutkan tadi.
Petronas yang beliau tubuhkan
dengan risiko keselamatan peribadi beliau sendiri sekarang telah diperguna oleh
pimpinan negara untuk kepentingan politik parti dan peribadi pimpinan hari ini.
TR tentu merasakan kesedihan kerana beliau telah menubuhkan syarikat petroleum
nasional ini dengan peluh dan keringat tanpa bayaran. Alih-alih pemimpin yang
mengambil kuasa negara mempergunakan untuk politik peribadi mereka dengan
sewenang-wenangnya.
Saya mencadangkan kepada mana-mana pertubuhan supaya diadakan seminar khas tentang Petronas ini kerana syarikat petroleum nasional ini adalah syarikat milik rakyat dan bukannya syarikat milik pemimpin tertentu yag telah menggunakannya untuk menyelamatkan perniagaan anak beranak beliau sahaja.
Kesabaran TR berdiri sendirian
dipinggiran politik kotor negara agaknya sudah sampai ketahap kehilangan
kesabaran beliau. Itu sebabnya apa yang beliau perkatakan itu tidak dapat
disambut oleh mana-mana pemimpin UMNO samada yang sedang berkuasa atau pada
siapa yang sudah bersara.
Apa yang telah diperkatakan
oleh TR dalam pelancaran buku yang disebutkan tadi tidak mendapat apa-apa reaksi
dari pimpinan hari ini terutamanya dari Perdana Menteri mahu pun bekas-bekas
Perdana Menteri kita.
Pendeknya apa yang diperkatakan oleh TR itu merupakan isu yang sebenarnya dan jika tiada siapa yang menjawabnya maka ia adalah pengakuan dipihak kerajaan hari ini bahawa mereka adalah pihak yang bertanggung jawab terhadap kecelaruan politik dan ekonomi negara pada hari ini.
Benar kata Anas Alam Faizli,
negara kita kaya tetapi rakyatnya miskin. Apa sebabnya? Jawablah sendiri. Siapa
yang patut melakukan perubahan negara? Itu pun jawablah sendiri kerana
jawapannya sudah berada di depan mata. Hanya mungkin ia terselindung disebalik
yang terang.


No comments:
Post a Comment