expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

04 June, 2014

10 HIDANGAN SNEK EKSOTIK PALING MENYELERAKAN DI SELURUH DUNIA



Setiap manusia mengidamkan hidangan lazat setiap hari untuk memenuhi selera masing-masing. Pelbagai resepi dihidangkan dan pastinya kita ingin mencuba resepi-resepi baru yang lazat. Selain hidangan utama, kita kadangkala menjamah berbagai-bagai jenis snek dan kudapan yang pelbagai jenis dan rasa. 

Namun, pernahkah anda mendengar tentang makanan eksotik yang dihidangkan di seluruh dunia? Dihidangkan dengan pelbagai gaya menarik untuk memikat selera, mari kita lihat 10 snek eksotik dari seluruh dunia ini. Mana tahu suatu hari nanti kita teringin pula mencuba: 



Kandi Serangga, California,(USA)


Pengilang manisan Hotlix Insect Candy menjadikan pemakanan serangga sebagai suatu era baru dengan menjadikannya sebagai kudapan coklat disaluti kandi pelbagai serangga dan kala jengking. Ini merupakan kandi yang ehem...menjijikkan. 

Salad Semut Sejuk, Denmark


Restoran di Copenhagen selalunya menghidangkan sajian mewah Salad Semut kepada para pelanggan mereka yang kelaparan. Semut-semut dalam salad ini akan disejukkan untuk memperlahankan pergerakan mereka dan semut-semut ini akan dihidangkan dia tas salad yang dititiskan dengan sejenis krim dipanggil crème fraîche. Salad ini sangat rangup dan sebagai sajian alternatif bagi croutons. Rasanya dikatakan seperti halia, ketumbar dan serai.

Crème Brulee Lebah Rangup, London (England)


Terdapat ramai penggemar creamy brûlèe, namun masyarakat di London telah membuat penemuan baru dalam resepi mereka dengan mencipta brulee lebah rangup, iaitu sejenia hidangan  crème brûlèe yang dihidangkan dengan sarang lebah dari coklat bersama lebah di atasnya.

Anai-anai, Uganda


Anai-anai merupakan hidangan istimewa bagi masyrakat Uganda. Anai-anai juga dikenali sebagai semut putih yang merupakan sumber protein dan lemak. Bahkan ia merupakan sumber protein yang tinggi dalam hidangan. Di Uganda, anai-anai biasanya dipungut dari busut atau ketika mereka bergerak berpusu-pusu sebelum musim hujan.

Belalang Goreng Rangup, Thailand


Ramai pelancong ke Thailand yang telah mencuba kudapan ini menyatakan bahawa ianya rasa seperti ayam goreng namun bagi masyarakat tempatan, mereka lebih menggemarinya kerana rasanya yang enak seperti kacang. Belalang bukan hanya sebagai hidangan snek popular tetapi ia juga merupakan sumber protein dan nutrien. Selain belalang, ulat sutera dan juga  larva mudah diperolehi di pasaran Thailand.



France Coklat Cengkerik Bersalut Emas, Perancis


Pembuat coklat terkenal Perancis,Sylvain Musquar sangat gemar mencipta makanan yang penuh sensasi namun enjoys creating sensational food namun konfeksi serangga inibenar-benar suatu penemuan baru. Musquar seringkali menghias atas coklatnya dengan cengkerik dan cacing yang akan diwarna atau dicelupkan dengan pewarna emas yang boleh dimakan untuk menjadikannya sangat menarik. Coklat buatannya ini sangat popular dan digemari pelanggan.

 Sushi Serangga, Jepun


Masyarakat Jepun memang telah lama dikenali sebagai pemakan serangga untuk khasiat kesihatan. Dikatakan bahawa Maharaja Jepun Hirohito pada tahun 1900 sangat menggemari nasi yang dihidang dengan bersama tebuan kicap. Serangga biasanya dinikmati dalam pelbagai hidangan dan resepi terbaru yang diminati di jepun adalah Sushi Serangga dengan pelbagai jenis serangga yang diletakkan di atasnya.



Ulat Beluncas Panggang, Afrika Selatan

Ulat beluncas yang dikenali sebagai ulat Mopani menjadi sebagai sumber protein utama bagi penduduk di kawasan pedalaman selatan Afrika dan dijadikan hidangan istimewa di kawasan bandar. Ulat ini biasanya dipanggang dengan rempah ratus dan biasanya dinikmati dengan cara memicit kepalanya yang hitam menggunakan ibu jari dan jari telunjuk sambil mengeluarkan isnya yang putih berkrim untuk dinikmati. 

Telur Kerengga, Laos dan Thailand


Kerengga dan telurnya dinikmati sebagai suatu hidangan istimewa di Thailand dan Laos. Telur kerengga ini boleh didapati dengan mudah di pasar-pasar di sana. Hidangan ini sangat berkhasiat dan boleh dinikmati begitu sahaja ataupun dihidang secara istimewa dengan pulut, bawang merah, cili, limau, salad dan ramuan rempah ratus. 


Tacos Belalang Kering,New York (USA)

Sebuah restoran makanan Mexico, Toloache yang terletak di tengah bandar Manhattan, menyediakan pelbagai jenis hidangan serangga termasuklah Chapulines Tacos, tacos belalang kering.


Edited by
Farahhasina

No comments:

Post a Comment