Gara-gara najis seekor anjing, penerbangan US Airways terpaksa membuat pendaratan cemas. Dalam kejadian itu, penerbangan tersebut terpaksa mendarat cemas di Kansas, Missouri, apabila seekor anjing peliharaan bernama Truffles 'buat hal' semasa dalam perjalanan. Anjing tersebut dikatakan telah melakukannya bukan sekali tetapi 3 kali sebaik sahaja berlepas dari Los Angeles.
Keputusan untuk membuat pendaratan cemas itu dibuat setelah anak kapal telah kehabisan tisu tandas untuk membersihkan najis anjing tersebut dan mereka terpaksa mendarat cemas apabila bau najis anjing tersebut memenuhi segenap ruang pesawat dan menimbulkan ketidakselesaan para penumpung. Ada penumpang yang muntah setelah melihat dan terhidu bau yang 'semerbak' itu.
Seorang penumpang, Steve McCall, memberitahu selepas kira-kira sejam berlepas para penumpang mula terhidu bau yang sangat busuk yang berpunca dari seekor anjing sepanjang 3 atau 4 kaki. Kali kedua anjing itu 'melepas' mereka telah kehabisan tisu tandas dan sebentar kemudian pengumuman dibuat " Kita menghadapi sedikit kesulitan di belakang dan kita terpaksa membuat pendaratan cemas"
Juruterbang kemudiannya menghubungi Kansas City International Airport untuk memaklumkan bahawa mereka akan mendarat cemas untuk kerja-kerja pembersihan. Selepas semua najis berjaya dibersihkan, penerbangan diteruskan ke Philadelphia namun anjing berkenaan dibawa tuannya menaiki pesawat lain.
Edited by
Farahhasina
No comments:
Post a Comment