expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

03 June, 2014

BAYI DILEKATKAN PADA GAUN PENGANTIN UNTUK KONGSI HARI BERSEJARAH


Bagi seorang pengantin perempuan, dia tidak mahu bayinya ketinggalan detik penting pada hari bersejarahnya. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk melekatkan bayinya yang berusia sebulan di belakang gaun pengantinnya.

Shona Carter Brooks menjahit baju bayinya, Aubrey di belakang gaun pengantin Vera Wang miliknya dan berjalan masuk melalui altar dengan bayi tersebut diheret bersama di belakang gaunnya. Semua tetamu tergamam dan terkejut dengan kehadiran bayi itu di situ.

Majlis perkahwinan Shona Carter-Brooks dan Johnathon Brooks di Ripley, Tennessee itu mendapat pelbagai respon daripada tetamu dan rakan-rakan yang banyak memberi komen di laman sosial Facebook.

Ada yang mengucapkan tahniah dan menyatakan bahawa ianya adalah sesuatu yang sangat comel, indah dan penuh bermakna. Ramai yang menyatakan mereka tidak pernah melihat sesuatu seperti itu sebelum ini. Ada juga yang mengkritik dan menyatakan bahawa bayi tersebut seharusnya didukung sahaja kerana perbuatan itu dikhuatiri akan mencederakan bayi tersebut.

 
 
Edited by
Farahhasina


No comments:

Post a Comment