Pengeboman di Bandar Mubi di Adamawa, salah satu bandar di utara timur yang diletakkan di bawah perintah berkurung selama lebih dari setahun apabila tentera Nigeria cuba mematahkan kebangkitan Boko Haram yang telah bertapak sejak lima tahun lalu.
"Berlaku letupan bom di padang bola sepak pada petang ini dan setakat ini 40 orang disahkan terkorban dalam letupan tersebut" kata seorang pegawai yang enggan dikenali di Mubi
Kenyataan pasukan polis telah disahkan oleh seorang jururawat yang juga enggan namanya dikenali di Hospital Besar Mubi kerana setakat ini staff perubatan tidak dibenarkan mengulas mengenai pengeboman tersebut dengan pihak media.
Adamawa merupakan sebuah bandar yang setakat ini paling kurang diserang oleh kumpulan Boko Haram walaupun bandar ini pernah menyaksikan pembunuhan ngeri beramai-ramai pada Oktober 2012 di sebuah Kolej Teknikal.
Edited by
Farahhasina
No comments:
Post a Comment