expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

02 June, 2014

ARAB SAUDI KINI MENARIK BALIK COKLAT CADBURY DARI PASARAN




Riyadh:  Arab Saudi kini telah menarik balik coklat Cadbury dari pasaran  untuk menjalankan ujian bagi memastikan produk tersebut  tidak  mengandungi DNA babi setelah kandungi DNA tersebut dikesan di Malaysia. 

Kandungan DNA babi telah Berjaya dikesan semasa ujian pengesanan kandungan tidak halal yang dijalankan di Malaysia di mana ujian berkaitan kandungan tidak halal itu juga telah membuatkan Negara Indonesia juga menjalankan ujian yang sama ke atas coklat Cadbury

Sabtu lalu, pihak berkuasa Makanan dan Ubat-ubatan Arab Saudi menyatakan melalui website rasmi mereka  bahawa keputusan untuk menjalankan ujian tersebut hanyalah sebagai langkah berhati-hati dan hanya dua jenis coklat Cadbury yang kenalpasti Malaysia mengandungi DNA babi akan diuji iaitu Cadbury Dairy Milk hazelnut and Cadbury Dairy Milk almond roast


Kenyataan itu walau bagaimanapun menyatakan bahawa produk Cadbury yang dipasarkan di negara Timur Tengah adalah keluaran tempatan atau Mesir dan bukan diimport dari Malaysia namun siasatan akan tetap dijalankan untuk memastikan sekiranya terdapat produk berkenaan yang diimport dari Malaysia.
 
      
Edited by
Farahhasina
                 

No comments:

Post a Comment