Setiap manusia dilahirkan dengan pelbagai keunikan baik dari segi fizikal, sikap mahupun karekteristik. Namun fizikal yang sangat berbeza dari kebiasaan akan menjadikan seseorang manusia itu ganjil atau luar biasa berbanding manusia lain. Berikut adalah antara 6 manusia luar biasa yang wujud:
1. MODEL PALING TINGGI DARI BRAZIL
Tiada sesiapa pun yang memahami dilema seorang gadis yang dilahirkan dengan ketinggian luar biasa seperti Elisany da Cruz Silva, gadis berusia 17 tahun dari Brazil yang mempunyai ketinggian 6 kaki, 9 inci. Ketinggian luar biasa ini adalah disebabkan tumor yang paling jarang ditemui. Ketinggian ini memberi pelbagai masalah kepadanya terutama pada peringkat usia lewat remaja seperti sekarang.
Dia bernasib baik kerana berjaya menjalani pembedahan membuang tumor tersebut dan para doktor terlibat yakin pembuangan tumor tersebut akan menghentikannya dari menjadi semakin tinggi.
2. WANITA DENGAN PINGGUL DAN PEHA PALING LEBAR DI DUNIA
Lazimnya semua lelaki di dunia mengidamkan tubuh wanita yang lentik dan berpotongan biola. Wanita lentik dan mengiurkan sememangnya mudah mendapat perhatian. Namun wanita mana yang mampu mengalahkan Mikel Ruffinelli, yang memegang rekod memiliki peha paling lebar di dunia.
Dari sudut pandangan hadapan, Mikel kelihatan sangat lentik. Namun apabila menghampirinya dan mengukur pehanya Mikel bersaiz jauh daripada yang dapat dibayangkan. Pehanya berukur lilit 8 kaki yang menjadikannya wanita paling montok dan melentik di dunia.
3. MANUSIA PALING KOTOR
Di sebuah kawasan berdebu di pinggir Farashband, Iran tinggal seorang lelaki unik yang boleh dianggap sebagai manusia paling kotor di dunia.
Amoo Hadij, seorang lelaki berusia 80 tahun tidak pernah sekalipun mandi sejak lebih dari 60 tahun yang lalu. Amoo Hadij tinggal di sebuah pondok batu kecil di kampung Dezhgah, seorang diri yang hanya dikelilingi sampah sara, kotoran dan najis binatang. Amoo yang telah biasa tinggal seorang diri jarang mendapat peluang berinteraksi dengan orang lain. Ini adalah kerana bau badannya yang melampau dan penampilan dirinya yang dianggap seperti makhluk menakutkan.
Amoo Hadij tidak pernah menyedari betapa kotornya dia kerana hidup sebegitu rupa adalah pilihannya sendiri dan dia menjadi sangat kotor kerana dia sendiri enggan mandi sedangkan dia mampu membersihkan dirinya.
4. GADIS YANG MEMAKAI KORSET SELAMA 3 TAHUN TANPA HENTI
5. KANAK-KANAK LELAKI DENGAN TAHI LALAT MENUTUPI SELURUH BELAKANG
Sudah menjadi lumrah manusia dilahirkan dengan tanda lahir, tahi lalat atau apa-apa tanda di badan. Ianya normal untuk memilikitanda di sana sini yang mungkin unik bagi sesetengah orang. Namun ada ketikanya kebiasaan seperti ini boleh menjadi abnormal seperti yang berlaku kepada seorang kanak-kanak lelaki yang dilahirkan dengan dengan tahi lalat yang memenuhi seluruh belakangnya.
Kanak-kanak bernama Didier Montalvo dari Columbia dilahirkan dengan kecacatan yang dikenali sebagai Congenital Melanocytic Nevus - sindrom tahi lalat besar. Bagi kes Didier tahi lalatnya telah menutupi seluruh belakang badannya. Apabila dilihat dari pandangan belakang ia menjadikannya kelihatan seperti Ninja Turtle.
Namun apa yang membimbangkan, tahi lalat ini mempunyai kesan terhadap kesihatan Didier di mana ianya menyerap kesemua nutrisi badannya dan tumbuh seperti parasit gergasi.
Semua orang di dunia mengidamkan badan yang kurus, ramping dan tiada lebihan lemak. Namun bagi seorang lelaki, dia terpaksa menjalani kehidupan dengan '0' peratus lemak dalam badan sepanjang hayatnya.
Tom Staniford yang menghidapi sindrom Myelodysplastic Preleukemic juga dikenali sebagai sindrom MDP, merupakan sejenis penyakit di mana badannya tidak mampu menyimpan lemat di bawah kulit. MDP adalah suatu penyakit metabolik yang sangat jarang berlaku yang mana diketahui hanya terjadi pada 8 orang di seluruh dunia.
Manusia dengan penyakit MDP akan mempunyai rupa fizikal tanapa lemak seperti mata dan pipi yang teramat cengkung serta bibir yang sangat kering dan tidak bermaya.
Tom Staniford dilahirkan dengan berat yang normal, namun keadaannya mengakibatkan dia semakin lama semakin 'mengecut'. Kini pada usia 23 tahun, badan Tom hanya tinggal kulit dan
tulang.
RUPANYA DI DUNIA NI BANYAK LAGI MANUSIA YANG UNIK DAN LUAR BIASA. JADI BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG KITA ADA. WALLAHHUALLAM...
Edited by
Farahhasina
No comments:
Post a Comment