expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

29 June, 2014

ANAK PATUNG KEMO-BARBIE UNTUK PESAKIT KANSER




Syarikat Mattel memang sangat terkenal dengan pengeluaran anak patung Barbie yang sangat diminati oleh kanak-kanak di seluruh dunia. Ini kerana patung Barbie sangat terkenal kerana kejelitaan dan pakaian yang sangat menarik.

Namun demikian, Barbie juga sering mendapat kritikan kerana kadangkala dikatakan terlalu kurus, seksi serta warna kulit dan rambut yang tidak semulajadi.

Kini, patung Barbie mungkin menjauhi semua kritikan itu dalam rekaan terbaru bernama Ella yang menampilkan patung perempuan yang botak khas untuk pesakit kanser.

Ella yang digelar 'Chemo Barbie' memiliki kepala yang botak dan dilengkapi dengan pilihan rambut palsu dan pilihan pakaian menarik.

Menurut syarikat Mattel, rekaan patung Ella ini adalah untuk membantu kanak-kanak perempuan yang menghidap kanser untuk memahami, menerima dan lebih bersemangat menghadapi keadaan diri mereka.

Mattel mula membuat pengeluaran patung Ella yang pada tahun 2012, namun ianya bukan untuk jualan tetapi telah diedarkan di hospital-hospital di seluruh Amerika Syarikat.

Kini, setelah seorang ibu kepada seorang pesakit kanser mula membuat petisyen rungutan tentang kekurangan produk itu secara online, Mattel telah mensasarkan untuk menambah pengeluaran patung itu.

Melissa Bumstead iaitu ibu kepada seorang kanak-kanak 4 tahun bernama Grace yang menderita sejenis leukemia yang jarang ditemui mula membuat petisyen itu apabila hospital yang merawat anaknya telah kehabisan stok patung Ella.

Dia mengatakan bahawa anaknya Grace yang sangat tertekan pada awal penyakitnya dahulu, kini sangat gembira bersama patung Ella tersebut, dan patung itu telah benar-benar membantu Grace untuk belajar menerima keguguran rambut dan proses penyakitnya itu.


"Kami membawa patung Ella bersama ke mana-mana dan memberitahu Grace bahawa inilah yang terjadi padanya seperti yang terjadi pada patung itu". Ini menjadikan dia belajar menerima keadaan diri seadanya," kata Melissa.

Dalam masa 3 bulan sahaja petisyen yang dibuat Melissa mendapat lebih daripada 100, 000 tanda tangan, sebelum Mattel menghubungi Melissa dan berjanji untuk mengeluarkan lebih banyak patung Ella untuk diedarkan ke hospital kanak-kanak di seluruh negara.

GRACE YANG MULA MENERIMA KEADAAN DIRINYA SETELAH MELIHAT PATUNG BARBIE KEMO INI

PATUNG BARBIE 'ELLA' YANG DIREKA KHAS UNTUK PESAKIT KANSER KANAK-KANAK

 
Edited by;
Farahhasina

No comments:

Post a Comment