expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

29 June, 2014

FESTIVAL DAGING ANJING MASYARAKAT DI CHINA





Anjing merupakan haiwan peliharaan yang menjadi kesayangan bagi kebanyakan golongan bukan Muslim. Sifat anjing yang bijak, manja dan setia pada tuannya menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan paling digemari oleh golongan bukan Muslim.

Namun, tahukah anda bahwa binatang ini juga menjadi santapan lazat bagi sesetengah penduduk di dunia? Di China, terdapat satu festival tahunan yang diadakan di mana orang ramai akan berpesta menikmati daging anjing yang boleh dibeli daripada pasar.

Tahun ini masyarakat di selatan China telah meraikan festival tahunan daging anjing dengan menyembelih lebih 2,000 ekor anjing walaupun perbuatan ini menerima bantahan hebat daripada kumpulan kebajikan haiwan dan pemilik haiwan.

Perayaan ini disambut sebagai menandakan permulaan musim panas di Bandar Yulin, Guangxi Zhuang. Menurut agensi berita Xinhua, kira-kira 2,000 ekor anjing telah menjadi korban untuk dimakan.

Walaupun daging anjing bebas dimakan sebelum ini, ia kini telah terhad kepada hanya beberapa kawasan di China akibat kempen besar-besaran oleh aktivis di seluruh negara bagi menghentikan perbuatan ini.

Daripada kempen tersebut, beribu-ribu ekor anjing yang telah ditangkap untuk dijadikan santapan berjaya dirampas oleh para aktivis..

Di bandar Yulin , para penternak dan penjaja akan memasukkan semua anjing-anjing ini ke dalam sangkar untuk dihantar ke pasar bagi dijual. Menurut laporan itu lagi, jalan-jalan di bandar itu penuh sesak dengan orang, motosikal dan kereta.

Walaupun penduduk tempatan sukar meninggalkan tabiat tradisional mereka, jualan daging sempena festival ini telah menurun akibat tekanan daripada kumpulan kebajikan haiwan dan pencinta anjing, yang telah membuat bantahan di pasar dan restoran sejak beberapa minggu yang lalu

Dilaporkan juga beberapa bantahan yang dilakukan telah membawa kepada konfrontasi. Sebelum ini, 17 restoran tempatan yang menyajikan hidangan anjing telah menghentikan perniagaan ini, manakala 4 yang lain yang juga menyalahi undang-undang telah diharamkan menjalankan operasi oleh pentadbiran bandar ini.

Namun kira-kira 48 restoran di Yulin masih menyajikan daging anjing sebagai hidangan. Ternyata walaupun pelbagai usaha dibuat untuk membanteras perbuatan ini, namun ia sukar dihentikan kerana hidangan daging anjing telah menjadi hidangan tradisi yang lazat dan amat digemari oleh masyarakat China.

ANJING YANG MENJADI HAIWAN KESAYANGAN TURUT DIJADIKAN SANTAPAN ENAK PENDUDUK SETEMPAT


TERDAPAT ANJING YANG DITANGKAP DARIPADA TUANNYA UNTUK DIJUAL DI PASAR

Edited by;
Farahhasina

No comments:

Post a Comment