expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

27 June, 2014

WORLD CUP: SUAREZ DIGANTUNG 9 PERLAWANAN AKIBAT INSIDEN GIGITAN



Walaupun pusingan kalah mati bagi Piala Dunia belum bermula, namun penyerang handalan Uruguay, Luiz Suarez telah pun kalah apabila tersingkir lebih awal daripada terus bermain bagi membantu pasukannya.

Penyerang sensasi Uruguay itu telah digantung 9 perlawanan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA berikutan insiden gigitan di bahu pemain Itali Giorgio Chiellini semasa perlawanan akhir Kumpulan D di Natal Selasa lalu.

Beliau juga telah dihalang daripada mengambil bahagian dalam apa-apa jua aktiviti yang berkaitan dengan bola sepak selama tempoh empat bulan. Ia termasuklah larangan memasuki stadium setiap kali pasukan Uruguay bermain . Selain itu, Suarez juga telah diarahkan untuk membayar denda sebanyak $ 111,000 (RM 357,178.02)

Terdapat desas desus yang mengatakan bahawa gigitan Suarez itu turut akan memberi kesan terhadap mata pencariannya. 

Ada yang meramalkan bahawa kontrak £ 1 juta dengan Adidas dan 888poker pasti akan dipertimbangkan semula oleh kedua-dua syarikat gergasi ini berikutan insiden tersebut.

Ia mungkin hukuman yang paling berat terhadap pemain ini dalam sejarah kejohanan. Hukuman ini lebih berat berbanding hukuman terhadap pemain Itali, Mauro Tassotti pada tahun 1994 yang digantung 8 perlawanan kerana menyiku hidung Luis Enrique. Ini adalah kali ketiga Suarez telah dihukum kerana menggigit pemain semasa perlawanan.

"Kelakuan sedemikian adalah tidak boleh diterima di mana-mana padang bola sepak khususnya pada Piala Dunia FIFA apabila mata berjuta-juta orang tertumpu pada bintang bola sepak di atas padang," kata Claudio Sulser, pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FIFA.

"Jawatankuasa Tatatertib telah mengambil kira semua faktor-faktor kes dan tahap kesalahan Suarez mengikut peruntukan yang berkaitan dalam kod. Keputusan itu berkuatkuasa sebaik sahaja ia dimaklumkan," katanya lagi.

Uruguay bagaimana pun akan membuat rayuan terhadap keputusan ini. "Hukuman ini adalah terlalu berat bagi kesalahannya," presiden persekutuan bola sepak negara itu, Wilmer Valdez memberitahu TV tempatan. Menurut laporan, rayuan itu akan difailkan pada hari Khamis.


Edited by; 
Farahhasina 

No comments:

Post a Comment