expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

26 June, 2014

PENCURI DITANGKAP KERANA LUPA LOG OUT AKAUN FACEBOOK


NICHOLAS WIG YANG BERJAYA DIBERKAS MELALUI AKAUN FACEBOOK MILIKNYA
Seorang pencuri yang memecah masuk sebuah rumah telah berjaya diberkas polis kerana dia telah menggunakan komputer di rumah berkenaan untuk membuka akaun Facebook nya dan telah terlupa untuk log out.

Lelaki Minnesota yang merupakan tuan rumah berkenaan pulang dan mendapati rumahnya tidak berkunci, telah kehilangan wang tunai dan barang-barang lain serta menemui profil Facebook si pencuri yang dibuka pada komputernya, lapor pihak berkuasa.

Nicholas Wig, 26, yang telah didakwa atas tuduhan pecah rumah turut meninggalkan jeans basah, kasut dan tali pinggangnya di atas lantai berhampiran komputer di rumah tersebut di South St Paul

"Ini adalah kes pertama di Dakota County di mana pencuri yang disyaki meninggalkan akaun Facebook miliknya terbuka," Monica Jensen, jurucakap Pejabat Peguam Negara Dakota County berkata.

Menurut aduan jenayah, penghuni rumah yang memanggil polis pada hari Khamis memberitahu mereka bahawa beliau mendapati rumahnya kucar-kacir dan pintu depan tidak berkunci.

Beliau juga ternampak profil Facebook "Nick Dub" yang terbuka pada komputernya. Barangan yang hilang termasuk wang tunai, buku cek, kad kredit, kunci dan jam tangan, katanya.

Pada hari yang sama, tuan rumah itu mengenal pasti Nicholas daripada gambar Facebook tersebut dan memberitahu polis yang kemudiannya mendapati dia memakai jam tangan seperti yang hilnag dalam rompakan itu

Apabila polis memeriksa Nicholas, mereka menemui kunci kereta dan iPod shuffle, yang juga dikenal pasti oleh tuan rumah bersama-sama dengan jam tangannya.

Nicholas kemudiannya mengaku memasuki rumah, menukar pakaiannya yang basah terkena hujan dengan pakaian di rumah tersebut, membuka Facebook dan mengambil barang-barang yang dilaporkan dicuri.


Edited by;
Farahhasina


No comments:

Post a Comment