expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

26 June, 2014

VIDEO TARIAN PENYOKONG CILIK INI KINI JADI VIRAL




Kadangkala, dalam sekelip mata populariti boleh datang tanpa diduga. Seorang anak kecil kini menjadi begitu popular apabila video tariannya ketika meraikan kejayaan pasukan besbol pilihannya tersebar luas di media sosial.

Dalam perlawanan besbol di Miami Marlins baru-baru ini, lensa kamera bertumpu pada kumpulan penyokong yang begitu bersemangat bersorak.

Seperti biasa, apabila perasan akan wajah mereka di paparkan di layar skrin besar untuk tontonan ribuan peminat, pasti pelbagai gelagat dan aksi yang kadangkala bodoh dipamerkan oleh mereka.

Seorang kanak-kanak telah menunjukkan aksi tarian yang begitu ganas dengan mimik muka yang agak bengis kepada ramai yang melihatnya.

Lihat sahaja aksi si cilik ini yang memang dengan sengaja mempamerkan gelagat sebegitu agar mampu mencuri tumpuan orang ramai.

Mungkin ada yang merasakan ia agak comel, namun tak kurang pula yang merasakan ianya agak menakutkan.


Edited by;
Farahhasina

No comments:

Post a Comment