expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

26 June, 2014

PONDAN JADI HODOH SELEPAS GUNA PRODUK MURAH


Manusia memang tidak pernah bersyukur dengan segala kurniaan tuhan. Dewasa ini, pelbagai usaha mengubah ciptaan tuhan dilakukan yang kadangkala memudaratkan diri sendiri.

Itulah yang berlaku pada Hugo Hernandez Garcia, seorang lelaki lembut dari Nuevo Laredo, Mexico. Lelaki ini hidup dengan muka yang cacat sejak 17 tahun yang lalu akibat terlalu obses untuk mendapatkan wajah yang jelita.

Dalam mendapatkan kesempurnaan wajah, pendandan yang dahulunya merupakan seorang lelaki kacak telah menggunakan beberapa barangan yang cukup pelik untuk mukanya. Beliau telah disuntik dengan minyak bayi yang dipercayai sebagai alternatif untuk kolagen dengan kos yang rendah. 

Hasilnya, seperti yang dapat anda saksikan, wajah yang agak mengerikan. Ternyata suntikan tersebut bukan mencantikkan malah memberi kesan sebaliknya.

Dalam hasratnya untuk kelihatan lebih seperti seorang wanita, Hugo memulakan amalan kecantikan wajah pada tahun 1997 yang akhirnya membawa kepada kecacatan beliau. Dia melakukan pembedahan demi pembedahan ke atas dirinya menggunakan produk barangan rumah untuk membuat kulit beliau kelihatan sempurna. 

Dalam salah satu pembedahan ini, beliau menyuntik minyak bayi ke mukanya kerana dia berfikir bahawa ia akan mempunyai kesan yang sama seperti kolagen.
"Ia merupakan kesilapan terbesar saya dan sehingga kini saya terpaksa menanggung akibatnya seumur hidup," kata Hugo.

Hugo pernah menemui beberapa orang doktor bagi merawat wajahnya, namun setakat ini tiada seorang pun yang mampu berbuat apa-apa untuk mengubah semula wajah cacatnya itu.

WAJAH ASAL HUGO SEBELUM MELAKUKAN SUNTIKAN YANG MENCACATKAN WAJAHNYA
HUGO KINI MENANGGUNG KECACATAN KEKAL SEUMUR HIDUP

Edited by; 
Farahhasina



No comments:

Post a Comment