expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

26 June, 2014

SANGGUPKAH ANDA TIDUR DI ATAS PIZZA? FIKIR DULU...



Apakah corak set cadar bilik tidur anda? Jawapan yg paling kerap diperoleh adalah motif bunga-bungaan atau pemandangan. Semuanya untuk menjadikan tidur anda lena diulit mimpi indah.

Bagaimana pula sekiranya anda diminta tidur di atas pizza? Mungkin andai itu yang mampu dilakukan, kita semua akan tidur dalam 'kekenyangan'

Bayangkan tidur anda dengan dibaluti sekeping pizza gergasi. Inilah gambaran yang cuba diilhamkan oleh seorang pengarah seni di New York, Claire Manganiello.

Lihatlah kerak roti pada bantal dan limpahan cheese yang ditaburi kepingan pepperoni lazat di atas rekaan cadar tersebut. Pasti membangkitkan 'selera' tidur anda.

Malangnya, set bilik tidur ini masih lagi dalam impian untuk masa kini, namun beg tidur berbentuk sepotong pizza tersebut adalah yang telah berada di pasaran. Mungkin tidak sehebat set bilik tidur pizza anda, namun beg tidur itu juga tetap mampu memberi 'keenakan' tidur.

Manganiello telah cuba untuk menghasilkan karya seni seperti ini dengan meletakkannya di dalam blog miliknya dengan tajuk 'Apa yang akan saya hasilkan apabila saya memulakan kerja'

Rekaan hiasan dalaman bertemakan pizza ini kelihatan sungguh menarik untuk pencinta karya seni yang unik. Mungkinkah Ikea akan menghasilkan reka bentuk ini sekiranya mendapat sambutan hangat?


Edited by;
Farahhasina

No comments:

Post a Comment