expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

26 June, 2014

GAMBAR MAKHLUK SEPERTI GOLLUM BERJAYA DIRAKAM!


Pernahkah anda menonton filem 'Lord of the Rings'? Bagi peminat filem ini pasti mengingati watak berkesan satu makhluk bernama 'Gollum'. Baru-baru ini makhluk seperti 'Gollum' berjaya dikesan dan gambarnya berjaya dirakamkan.

Dalam kejadian itu, seorang pelancong Cina yang namanya dirahsiakan telah berkhemah dengan rakan-rakan di satu kawasan berbukit di Huariou, utara Beijing apabila dia ternampak kelibat satu makhluk tidak berbulu dengan telinga labuh sedang mencangkung di atas batu.

Makhluk tersebut yang mempunyai persamaan yang ketara kepada Gollum iaitu watak dari filem Lord of the Rings, juga kelihatan memakai daun-daun yang dililit di pinggangnya.

Tanpa melengahkan masa, pelancong tersebut dengan pantas menangkap beberapa keping gambar dan memuat naik ke media sosial namun kebanyakannya menolak kesahihan gambar itu yang didakwa sebagai gambar palsu dan cerita itu adalah satu penipuan.

Walau bagaimanapun, lelaki berkenaan menyangkal dakwaan tersebut dan mengatakan bahawa dia benar-benar melihat makhluk tersebut.

"Saya berjalan agak jauh dari kumpulan rakan-rakan saya untuk membuang air dan tiba-tiba saya terlihat makhluk berkenaan. Saya mengambil beberapa keping gambar dan kemudiannya saya ketakutan," kata pelancong tersebut.

Tidak lama selepas gambar tersebut dimuat naik, kebenaran tentangnya terbongkar. Walaupun ia bukan gambar palsu namun seorang pelakon telah tampil ke hadapan dan mengakui bahawa imej tersebut adalah dirinya yang sedang berehat daripada penggambaran.

Pelakon itu juga agak malu untuk mendedahkan bahawa makhluk yang kelihatan mencangkung itu adalah dirinya yang sedang membuang air kecil.

"Sepanjang minggu tersebut saya dan rakan-rakan pergi ke kawasan itu untukpengambaran filem mini sains fiksyen," katanya.

"Sebaik sahaja saya mula membuang air, tiba-tiba muncul seseorang dan mengambil gambar saya," jelasnya lagi.

Barulah kebenaran terbongkar. Rupa-rupanya makhluk tersebut hanyalah seorang pelakon yang sedang berehat untuk membuang air! Memang lumrah manusia begitu, cepat membuat andaian tanpa siasatan bagi memastikan kebenaran.



INILAH WATAK GOLLUM DALAM FILEM LORD OF THE RINGS YANG MENYAMAI MAKHLUK TERSEBUT

Edited by;
Farahhasina

No comments:

Post a Comment