Dalam kejadian itu, anak singa tersebut berjaya dibawa masuk ke dalam keretapi yang menuju ke Siberia setelah pemiliknya mendaftarkan anak singa tersebut untuk perjalanan sebagai kucing peliharaan.
"Anak singa itu pada mulanya dikurung dalam sangkar, tetapi atas sebab-sebab tertentu wanita berkenaan melepaskannya dari sangkar" kata seorang jurucakap polis. Pihak polis di Ekaterinburg, 1400 km dari timur Moscow, juga berkata pemilik anak singa itu gagal mengawal haiwan peliharaannya yang dibawa tanpa pendakap muncung lalu berteriak meminta bantuan daripada staff keretapi untuk menenangkan haiwan berkenaan.
Penyelia keretapi tersebut sangat cemas dan terganggu dengan bunyi ngauman dari belakang pintu yang mana haiwan tersebut kemudiannya berlegar di dalam keretapi dan mengeluarkan kukunya terhadap seorang wanita.
Staff yang ketakutan telah melaporkan kejadian pada para petugas stesen berikutnya iaitu Yekaterinburg di mana polis bersama doktor haiwan dan staff sarkas telah menunggu di stesen itu. Adalah dipercayai haiwan berkenaan terpaksa dibunuh oleh mereka.
Edited by
Farahhasina
No comments:
Post a Comment