expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

02 June, 2014

TUMOR 6 KILOGRAM DI MUKA BERJAYA DIBUANG



Pakar bedah di Slovakia telah berjaya melakukan pembedahan membuang tumor seberat 6 kilogram daripada muka seorang lelaki. Stefan Zoleik yang menghidapi penyakit yang dipanggil 'Madelung' yang mengakibatkan serat lemak tumbuh di sekitar bawah mukanya. Beliau menyatakan kelegaan selepas tumor seberat 6 kilogram itu berjaya dibuang melalui pembedahan selama 5 jam.

"Ini sememangnya menakjubkan, saya rasa lebih baik berbanding sebelum ini malah saya tidak merasa sebarang kesakitan lagi" kata Zoleik. Beliau juga menceritakan bagaimana peritnya hidup yang dilalui selama 10 tahun bertahan dengan tumor tersebut.

"Semua orang pasti akan menoleh dan memandang ke arah saya, saya berasa sungguh malu dan ia sentiasa memberi ketidakselesaan setiap kali saya menolehkan kepala" katanya lagi ketika mengulas tentang hidupnya sebelum pembedahan berkenaan.


Edited by
Farahhasina

No comments:

Post a Comment