expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

25 June, 2014

BUDAK 2 TAHUN KETAGIH ALKOHOL


Hanya beberapa minggu selepas video mengejutkan tentang seorang anak kecil yang menghisap rokok, kini negara China sekali lagi menggemparkan dunia dengan kisah seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang dilaporkan mengalami ketagihan alkohol.

Menurut laporan Shanghaiist, kanak-kanak bernama Cheng Cheng itu lebih suka minum wain dan botol bir berbanding susu dan dia dikenali sebagai 'Kaki Botol Kecil' oleh media tempatan.

Kedua ibu bapa Cheng sedang disiasat oleh pihak berkuasa tempatan selepas dia digambarkan minum dari botol alkohol dan anak kecil itu kini boleh diletakkandi bawah jagaan kekal oleh pihak berkuasa.

Cheng didakwa pertama kali mencuba alkohol pada usia 10 bulan apabila bapanya mencelup chopstiknya ke dalam sedikit wain untuk dirasai Cheng.

Menurut ibu bapanya,Cheng boleh menghabiskan sebotol bir tanpa sebarang kesan ketara, dan dia akan mengamuk sekiranya mereka tidak memberinya bir.

"Matanya sentiasa pada botol arak. Kami cuba sedaya mungkin untuk menyorokkan botol-botol itu daripadanya," jelas ibu saudaranya yang bernama Cai Teng.


"Namun kadang-kadang dia benar-benar mengamuk, jadi kami tidak mempunyai pilihan tetapi terpaksa memberikannya sedikit wain," tambah Cai Teng lagi.

Ibu saudaranya itu juga memberitahu bahawa keluarga tersebut tidak lagi memberi Cheng Cheng alkohol, dan hanya menunggu keputusan mesyuarat yang akan menentukan masa depan kanak-kanak itu minggu ini.


Edited by;
Farahhasina

No comments:

Post a Comment