expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

24 June, 2014

GOOGLE EARTH BERJAYA KESAN UFO?




Seorang lelaki mendakwa dia telah mengesan UFO melalui Google Earth di mana UFO itu kelihatan lengkap dengan makhluk asing yang mengeluarkan kepalanya menjenguk keluar.

Lelaki itu, Scott Waring, yang memuat naik video ke YouTube minggu lepas, percaya bahwa objek yang dikesan melalui Google Earth itu adalah UFO.

Scott yang begitu teruja oleh penemuan makhluk asing di atas langit kawasan Montana telah menghasilkan video 6 minit tentang panduan bagi memastikan semua orang dapat melihatnya sendiri.

Dalam video itu, dia yang menetap di Taiwan berkata, "Apabila saya melihat dengan lebih dekat malam tadi, ia bukan sahaja UFO biasa. Anda boleh melihat terdapat satu objek dengan kepala bulat padanya melekat dari atas"

"Pada saya, ia kelihatan seperti kepala. Ia kelihatan seperti kepala makhluk asing kelabu yang melekat dari bahagian atas kapal. Lengkungan itu seperti tengkorak yang besar seperti gergasi dengan dagu kecil. '

Scott juga mendakwa bahawa 'UFO' makhluk asing tersebut sehingga satu kilometer jauhnya daripada 20 tempat yang berbeza di Google Earth.

Walau bagaimanapun, dakwaan Scott disangkal banyak pihak yang mendakwa ianya hanyalah biasan cahaya atau silau.



INILAH IMEJ YANG DIDAKWA SCOTT SEPERTI KEPALA MAKHLUK ASING
Edited by; 
Farahhasina

No comments:

Post a Comment