expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

24 June, 2014

PERARAKAN IKAN DUYUNG



Pernahkan anda mendengar tentang perarakan ikan duyung? Ya, semua semua duyung lelaki dan wanita dapat disaksikan dalam acara pakaian beragam tahunan yang dinamakan The Mermaid Parade di Coney Island, New York.

The Mermaid Parade ini merupakan acara tahunan yang bermula pada tahun 1983 dan para peserta perarakan ini akan berpakaian seperti ikan duyung dan hidupan laut yang lain sebagai tanda penghormatan kepada tradisi Mardi Gras di pulau itu yang diadakan pada musim luruh dari 1903-1954.

Tahun ini Datuk Bandar New York Bill de Blasio dan isterinya Chirlane McCray turut hadir memeriahkan perarakan itu bersama-sama dengan dua anak mereka iaitu Dante dan Chiara de Blasio yang telah dipilih sebagai Raja Neptune dan Permaisuri Mermaid, yang memgang kedudukan tertinggi dalam acara tersebut.

The Mermaid Parade menampilkan kreativiti dan keunikan para peserta dalam memperagakan kostum hidupan laut mereka. Malah, ramai yang tampil berani dengan tidak berpakaian dan hanya mengecat badan mereka sebagai penghayatan kepada watak hidupan laut yang dibawa.

DATUK BANDAR NEW YORK DAN ISTERINYA TURUT HADIR DENGAN KOSTUM MEREKA








Edited by;
Farahhasina

No comments:

Post a Comment