expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

24 June, 2014

BERITA BUAT PEROKOK, E-JOINT TELAH TIBA!

 
 


Sebelum ini, kita telah mendengar tentang e-cigarette dan ramai perokok di Malaysia yang telah pun mencubanya, kini terdapat satu lagi ciptaan baru dalam produk alternatif rokok iaitu e-joint.

Ciptaan dari Belanda ini merupakan cipataan moden rokok gulung elektronik yang pertama di dunia .

Syarikat E-Njoint BV menghasilkan 10,000 rokok gulung berperisa buah-buahan setiap hari yang diedarkan di seluruh Eropah. Ia tidak mengandungi THC, tembakau atau nikotin yang menjadikannya 100 peratus sah di sisi undang-undang.

Keluaran terkini produk ini membolehkan pengguna untuk mengisi rokok dengan cecair ganja atau herba kering pilihan mereka sendiri .

E-Njoint sedang berbincang dengan Tikun Olam, satu rangkaian perniagaan yang pakar dalam penggunaan ganja perubatan, bagi membantu menghasilkan produk dalam industri kesihatan.

Ketua Pegawai Ekskutif E-Njoint, Menno Contant berkata, "Belanda terkenal di dunia dengan sikap toleran dan liberal dalam penggunaan dadah dan pengenalan produk baru ini dengan jelas membuktikan prinsip bahawa selagi kita tidak mengganggu orang lain dan mengikut garis panduan yang sah di sisi undang-undang, semuanya tiada masalah,"

Edited by;
Farahhasina

No comments:

Post a Comment