expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

24 June, 2014

WANITA OBSES DENGAN 4 ORANG BAYI PALSU



Seorang wanita yang begitu obses terhadap bayi sanggup membelanjakan sehingga £ 2000 (RM 5500) untuk memiliki 4 bayi palsu.

Ibu kepada empat orang anak iaitu Wendy Archer dari Middlesbrough, akan bangun pada waktu pagi dan menyiapkan anak-anaknya yang sebenar ke sekolah sebelum membangunkan bayi-bayi plastiknya dan menukar lampin mereka.

Wendy yang sangat terhibur dengan aktiviti itu akan menghabiskan berjam-jam setiap hari menukarkan pakaian, memandikan dan membeli belah untuk empat bayi palsu itu. Dia akan berbelanja untuk pelbagai barangan bayi seperti katil bayi, tempat duduk kereta bayi dan bakul.

"Saya memang sangat sukakan bayi. Bagi saya mereka bukan anak patung tetapi mereka adalah anak-anak saya," kata ibu tunggal berusia 40 tahun itu.

"Mereka sangat comel dan saya benar-benar menyayangi mereka. Saya tidak boleh tanpa mereka sekarang dan mereka juga berbau seperti bayi sebenar," katanya lagi

Wendy melahirkan anak perempuannya Kirsty, ketika dia baru berusia 16 tahun, dan kemudiannya melahirkan tiga anak lagi iaitu, Nathan, 22, Keenan, 15 dan Kia, 13.

Selepas melahirkan Kia, Wendy yang tidak pernah bekerja membuat keputusan untuk menjalani pembedahan yang tidak membolehkan dia untuk hamil lagi. Namun, keputusan itu kemudiannya disesali dan dia dia berasa kerugian yang besar.

Oleh kerana obsesinya terhadap bayi, dia telah membeli empat anak patung dari Reborn Dolls Shelley yang dinamakan Johnson, Elisa, Shyan dan Thomas.

Wendy berkata; "Saya tahu sesetengah orang mungkin fikir saya gila tetapi begitu ramai kawan-kawan saya yang amat kagum tentang bagaimana anak-anak patung ini boleh menggembirakan orang"

"Apabila memeluk mereka, mereka terasa seperti bayi dan mereka juga berbau seperti bayi yang sebenar kerana pakaian mereka dibasuh dengan pelembut fabrik. Ia sangat menakjubkan," ujar Wedy lagi.


Edited by;
Farahhasina

No comments:

Post a Comment