expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

23 June, 2014

LELAKI TERSEKAT DALAM BATU BERBENTUK KEMALUAN WANITA



Seorang pelajar lelaki  terpaksa diselamatkan selepas badannya tersekat di dalam batu gergasi berbentuk kemaluan wanita.

Dalam kejadian tersebut, pelajar pertukaran dari Amerika itu dipercayai telah memanjat dan masuk ke dalam batu marmar di Tubingen, Jerman, pada petang Jumaat lalu, untuk menerima satu cabaran. Walau bagaimanapun, setelah masuk ke dalam batu itu, dia mendapati bahawa dirinya telah tersepit.

Lima kenderaan kecemasan dan 22 anggota bomba yang datang membantu akhirnya berjaya mengeluarkan lelaki itu, namun seseorang telah sempat mengambil gambar kejadian itu dan menyebarkannya di laman media sosial, Imgur.

Kaki lelaki itu yang tersekat di bahagian bawah lubang arca seni itu akhirnya berjaya dikeluarkan, namun dia dilaporkan benar-benar malu dengan kejadian yang menimpa dirinya.

Erick Guzman, yang berjaya merakam gambar-gambar tersebut dan memuat naik di laman sosial memberitahu bahawa dia berada di tempat kejadian dan hanya mahu merakam detik-detik yang melucukan itu.

Walau bagaimanapun, Jabatan Bomba yang melepaskannya tidak merasakan yang kejadian itu melucukan, dan dia benar-benar malu dengan apa yang terjadi.

Arca berbentuk kemaluan wanita itu adalah karya seorang seniman Peru yang bernama Fernando de la Jara dan telah ditempatkan di  Institut Mikrobiologi, Universiti Tubingen di bandar Jerman sejak 13 tahun yang lalu.

Arca ini dipanggil Pi-Chacan, yang bermaksud seks dalam bahasa Peru-India.


Edited by;
Farahhasina


No comments:

Post a Comment