06 June, 2014
CINTA TAK KENAL USIA
Kyle Jones baru berusia 31 dan sepatutnya dia tidak menghadapi masalah berpacaran dengan gadis muda. Namun, Jones mempunyai selera sendiri. Namun, dia tetap memilih seorang nenek berusia 91 tahun padahal usia ibunya sendiri baru 50 tahun. Keanehan cita rasa Jones itu mengundang tanda tanya banyak pihak, malah dia turut mendapat gelaran ‘pucuk muda’ sebelum ini kerana beberapa kali menjadi kekasih kepada wanita warga emas.
Sepanjang tempoh lima tahun lalu pemuda dari Florida berkenaan menjadi buah hati Marjorie McCool, 91, dan mereka mendakwa tidak boleh berenggang antara satu sama lain. Mereka juga mendakwa melalui kehidupan seks yang aktif.
Saya menggemari wanita tua dan meluat melihat wanita yang mendapatkan kecantikan melalui pembedahan plastik,” katanya. Untuk mencari pacar, Jones menggunakan kemudahan laman sesawang dan menghubungi wanita berusia antara 60 hingga 80 tahun.
“Apabila saya mula bercakap dengan wanita begitu, reaksi pertama mereka ialah terkejut kerana usia saya terlalu muda,” katanya. Namun, kata Jones, dia akan cuba meyakinkan wanita terbabit bahawa perbezaan usia akan menjadikan hubungan mereka sesuatu yang menyeronokkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment